Mereka Sudah Join, Anda Bila Lagi??

Wednesday, June 30, 2010

SHOUTUL IKHWAH: Semasa : Apa Nak Jadi Orang Sekarang...

SHOUTUL IKHWAH: Semasa : Apa Nak Jadi Orang Sekarang...

sekadar perkongsian


p/s : sharing is caring

nombor yang berekor

Salam sejahtera semua..

Ape nak jadi dah dengan dunia sekarang ni....  **sigh =_="

Pagi tadi, masa aku tengah training kereta, instructor aku (aku panggil  Abg Zubir je) belanja minum kat kedai makan kat sebelah MSDC. Masa tengah syok2 makan nasi lemak sambil tengok siaran bola kat astro kedai tu, datang lagi dua orang berpangkat pakcik (instructor memandu juga kot) ke meja kami.

Pak cik yang berkacamata tebal tu tanya aku, "dik, belajar memandu ke?" Aku hanya menganggukkan kepala (aku ni jadi pemalu/pendiam kalau jumpa orang yang baru kenal). "Sekolah lagi ke?" "Saya masih belajar lagi di UTeM". "Ambik kos apa?" "Sains Komputer". "Tengok, anak murid Sains Komputer, cikgu apa pon takda", usik pak cik tu.

Then, Abg Zubir ni pergi ke 7Eleven untuk membeli surat khabar. Dari jauh nampak dia memegang surat khabar berbahasa inggeris (tak pasti aku surat khabar apa). Wah, dalam hati aku "hebat gak bro ni, baca surat khabar bahasa omputeh... bagus2, macam ni lah yang kita nak kan, mengamalkan budaya membaca tak kira dimana jua berada, tambahan lagi bahasa inggeris". Then, setibanya dia di tempat duduknya, dia membuka halaman kedua belakang surat khabar tu. "Amboi, layan sport gak brader ni", dalam hati aku. Lepas tu, tau tak ruangan apa yang bro ni usha?? Ruangan NOMBOR EKOR!!!

sumber dari google

Astaghfirullahalazim... ish2.. sedih aku tengok masyarakat sekarang. Aku hanya mendiamkan diri saja lepas tu, nak ditegur kang tak elok, orang tu lagi tua. Aku sedar betapa lemahnya iman aku, sehingga aku hanya mampu menegur dalam hati saja.

Apa nak jadi dengan masyarakat sekarang ni?? Tahu tak yang nombor ekor tu JUDI, dan judi tu adalah HARAM di sisi Islam. Nak kata bukan Islam, dalam IC tulis Islam. Tak kan Islam hanya pada IC saja?? Aku bukan nak memburukkan mana2 pihak, tetapi itulah realiti hidup sekarang. Tak percaya, pergilah perhatikan kedai2 yang menjual nombor ekor ni. Mesti ada pak cik2 yang dari luarannya saja menampakkan Islam.

Perkara ni sangatlah memberi kesan kepada anak2 cucu kita nanti. Jika rezeki yang kita berikan kepada anak2 kita tu dari sumber yang tak halal, maka darah daging mereka akan menjadi haram. Lepas tu, lahirlah generasi yang tak produktif. Then akan memberi impak kepada masyarakat dan negara. Di sini juga tiada redha Allah. Kalau benda ni berterusan, macam mana negara kita nak maju???

So dalam hal ni, siapa yang harus dipersalahkan?? Masing2 mendabik dada seolah2 tidak bersalah. Bagi aku, semua pihak harus bertanggungjawab. Pihak kerajaan, kerana membenarkan lesen nombor ekor?? Jana ekonomi negara konon. Mula2 lesen nombor ekor, yang terkini lesen taruhan bola sepak, akan datang apa pula?? Ibu bapa juga bersalah dalam hal ini kerana kurang memberi penekanan ilmu agama kepada anak2 dan juga sekadar melepaskan batuk di tangga dalam membesarkan anak2. Masyarakat pon ada saham juga, kerana bersikap tak ambil peduli terhadap perkara yang berlaku disekeliling.

Aku bukan ustaz untuk memberi syarahan agama, aku hanyalah manusia biasa seperti kalian semua yang inginkan kedamaian terus wujud di muka bumi ini. OK la setakat ni je, aku malas nak membebel lagi.

Akhir kata daripada aku, marilah sama2 kita membendung gejala sosial yang tak bermoral ni dari terus merebak ke generasi muda.

p/s : lenguh kaki belajar memandu. huhu


Tuesday, June 29, 2010

kenapa BRAZIL????

selamat pagi semua...

Entry ni ditulis sebelum match Brazil dengan Chile berlangsung. Betapa excitednya aku untuk menulis. Bagi yang mengenali diriku dengan lebih rapat, mesti merasa agak pelik kerana sekarang aku begitu berminat untuk tengok bola. Ye la, mane tak nya, sebelum ni aku langsung tak peduli tentang EPL dan liga2 yang seumpama dengannya. Well, untuk pengetahuan kamu semua, aku memang tak berminat dengan liga2 tu semua (termasuk liga Malaysia), yang aku minat hanyalah WC (world cup), tu je.

ni world cup pertama yang aku tengok

Kenapa hanya WC??
Haaa... soalan yang bijak... WC sahaja sebab aku malas nak ambil tahu tentang dunia bola sepak... hahahaha (gelak sorang2).
Abis tu kalau malas, kenapa time WC boleh je follow??
WC ni lain bro. WC ni 4 tahun sekali. Time musim WC ni, semua orang sana-sini akan bercakap pasal WC, nanti rasa macam kera sumbang pulak kalau tak ambik tahu. Tambahan lagi, team favorite aku pon ada main.
Owh... OK. Ape team favorite ko??
Haa... Kalau nak tau ape team favorite aku, tengok match pagi nanti, pukul 2.30. Team favorite aku memakai jersi kuning, tak pun biru... hehehe..

So, korang mesti tau kan team mana yang aku maksudkan tu?? Ya betol!!! 10 markah untuk kebijaksanaan anda meneka... Team favorite aku adalah BRAZIL a.k.a BRASIL. Tapi dalam banyak2 team, kenapa aku suka Brazil??? Haa... Ade beberapa sebab aku menyokong Brazil.

Sebab yang pertama:

Aku rasa sebab yang ni agak tak masuk akal (bg orang yang tak sama akal dengan aku la). Sebabnya adalah...... Warna PIALA DUNIA tu sama macam warna jersi Brazil (kuning). Hahaha... Annoying kan statement aku nih... hahaha (gelak lagi)... Mosti korang yang anti-Brazil ni annoyed sangat2... Haha.. Aku suka... Well, aku tau warna piala dunia tu warna gold, tapi kalau mode warna RGB, warna gold tu adalah kuning... Lepas tu ada stripe hijau kat piala tu. Jersi Brazil pon ade stripe hijau tau.... So, Ape kaitan warna piala dunia tu dengan jersi Brazil??? Ek eleh, tu pon nak bagitau juga ke??? Lambat pikapla... Kalau dah sama, maksudnya piala tu memang dijodohkan dengan Brazil la.... HahaHAHA... statement ni lagi annoying... HAHAHAHA... Oke, cukup setakat ni aku cerita pasal sebab yang pertama.

sama tak?? hehe


**************

Kita go through ke sebab yang kedua:

Sebab yang kedua ni aku rasa ada beberapa orang yang pernah mengalaminya. Sebab ape tuhh??? Sebabnya... Dulu time kecik2, aku suka main game bola manila-kad, dan team aku time tu adalah Brazil... Bola manila-kad?? Ape tuh?? Makanan ke?? Ala.. korang tak pernah dengar ke pasal game ni??. Sila angguk kalau pernah. Bagi yang pernah, korang mesti tau game ape yang aku maksudkan ni. Bagi yang tak pernah dengar, sila tanya kat pakcik WIKI ek... Eh2, gurau je la, pakcik WIKI pon tak tau la sebab pakcik WIKI tu bodoh a.k.a jahil.. hahaha... (jahatnye aku kutuk pakcik WIKI).

Takpe, aku akan explain. Game tu dipanggil bola manila-kad. Ini kerana untuk mempersiapkan team kita, kita memerlukan sekeping manila-kad. Then, lukis segiempat tepat (anggaran saiz : 3cm x 6cm) dan gunting. Saiz tu untuk satu player, so kenalah lukis dan gunting sebanyak 22 keping. Setelah itu, lukis jersi player2 tersebut. Part ni aku suka sangat, sebab time ni, nak lukis logo team Brazil, sangatlah mudah... semudah makan mee maggi.. hahaha... Lepas lukis tu, boleh la warna atau hias la ikut selera dan citarasa korang. Siaplah satu team bola. Then, nak buat gawang gol pula. Caranya, susah nak explain kat sini. Cuma buat origami daripada kertas, lipat macam nak buat kapal (yang basic tu), lebih kurangla (dah lupa la, lama tak main.. huhu). Nak buat bola pula. Potong pemadam a.k.a rubber (oopss, agak lucah disini), eraser la... Potong dadu.. Then gosok bucu pemadam tu sampai jadi botak licin... (sampai jadi bulat macam bola daa...). Oke, semua dah siap... Jom pergi stadium Bukit Jalil pula untuk beraksi... Erk, Stadium Bukit Jalil?? hahaha.. giler... Camne nak buat Stadium(padang) bola ni?? Cara nak buat padang bola, senang je.. Ni cara aku la, cara orang lain tak tau la. Caranya, ambil (curik) dan gunting tikar rumah anda (bagi yang rumahnya ada tikar getah), gunting ikut saiz yang agak berpatutan. Then, lukis la garisan padang bola kat bahagian belakang tikar tu.. lukis pakai jangka lukis untuk kepersisan yang jitu... hahaha.. Oke semua dah siap, bolehla mula main... Then nak buat piala pula. (Yang ni extra dari aku, rasanya orang lain pon tak tau). Piala tu bolehla dibuat daripada kapur yang digunakan oleh guru2 sekolah (sekarang ni still pakai kapur ke??). Ukirlah kapur tu sehingga menjadi sebuah piala... (Owh, patot la kapur kat sekolah asik berkurang je, rupanya ada orang curik...). hahaha... Lupa nak cakap, player2 tu kena lipat 2, bagi dye boleh berdiri tegak. Then rule time nak main tu, player hanya dibenarkan menggelecek (tolak bola) 2 kali saja, then kena pass bola tu. Lepas pass, player (either player lawan or player kita) yang dekat dengan bola saja bola bawa bola tu. Time nak buat shot, lawan dibenarkan menyusun player mereka untuk memblok bola. So, pandai2la nak sumbat gol tu. Enjoy the game...

Oppss.. Panjang pula aku mengarut pasal game bola manila-kad ni.. Aku sebenarnya nak cerita yang aku selalu BEAT a.k.a KALAHKAN abang2 aku dalam game ni. Aku beat pakai team Brazil aku la... Time ni aku ade squad Brazil yang WC tahun 1998. Teringat time aku main tu, tunggak utama pasukan aku, 3R : Roberto Carlos, Ronaldo, Rivaldo, tiga player ni adalah scorer untuk team aku... hahaha.. Cafu pula penyelamat terbaek.. Taffarel juga jangan dilupakan. Dunga pon power gak, sampai sekarang ni dye dah ambil alih tugas aku selaku coach. WELL DONE DUNGA!!! Bawalah anak2 buahmu untuk merangkul piala dunia 2010 ni.. Aku sentiasa support dari belakang.. hehehe.. (cakap macam Dunga tu kenal aku je... haha). Oke cukup untuk sebab yang kedua.

**************

Sebab yang ketiga pula:

Sebabnya adalah.... Brazil ni bagi aku populariti dye kurang berbanding pasukan seperti Spain, England dan Portugal. Mesti korang faham populariti yang aku maksudkan ni. Populariti dari segi player yang tampan dan kacak sehingga membuatkan ramai wanita yang terpesona melihat (bukan melihat skill) dan juga populariti dari segi berapa ramai star dalam sesebuah team.

**************

Well, aku rasa cukuplah setakat ni aku bagi reason kenapa aku sokong Brazil. Nanti kalau ada masa, aku cerita lagi pasal Brazil... Oke, nak chaw dulu, nak tengok match Brazil-Chile... Harap2 menangla Brazil. Chile jangan dipandang enteng... kepedasannya boleh membuatkan kita meneguk setasik air (ape aku mengarut ni). OK, bye... Wassalam...



P/S : aku suka tengok MTV lagu Brazil (video kat bawah ni) time kecik2... sangat seksi awek2 Brazil pakai bikini.. haha


Saturday, June 26, 2010

menyampuk

Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di Klcc.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah… 
 
“Haa,camna sekarang ?”. 
 
Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu. 
 
Ntah camna,akhirnya aku balas juga “Ok gak ler”. 
 
Kemudian suara tu bertanya lagi “Ko nak gi mana ni??”. 
 
Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata “Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit”. 
 
Lepas suara tu bertanya lagi “Bila ko nak gerak ni??”. 
 
Aku selamba jer kata “Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”. 
 
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

BODOH!!!!

Monday, June 21, 2010

Toy Story Review - by Muzzamil

Salam 1Malaysia....
*greeting ti xde kena mengena ngan politik yer..

Kali ni aku nk share dgn korang semua tentang review movie Toy Story 3. Tp bukan aku yg nk bg review, sebaliknya membe aku muzzamil... Aku belum g tgk lg movie tu, tp drpd review yg muzzamil buat ni, rasa mcm best plak... Tp, aku x berapa minat cite katun... Xpela muzzamil, nnt klau ada masa aku g tgk ye.... Anyway, thanks muzzamil sbb memenuhi request aku utk buat review pasal cite tu (klau aku x request, ko akan wat review gak kn.... haha). OK la, malas dah nk mengarut lebih2... layan je la.....

Toy Story 3 Trailer at YouTube (embedded disabled)



     yang mengarut,

Thursday, June 17, 2010

Owl City - Fireflies


This is my favorite song
ENJOY THE SONG =)

You would not believe your eyes
If ten million fireflies
Lit up the world as I fell asleep
Cause they'd fill the open air
And leave tear drops everywhere
You'd think me rude but I would just stand and
Stare

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns, slowly
It's hard to say that I'd rather stay awake when I'm asleep
Cause everything is never as it seems

Cause I'd get a thousand hugs
From ten thousand lightning bugs
As they tried to teach me how to dance
A foxtrot above my head
A sack-hop beneath my bed
The disco ball is just hanging by a thread
(Thread, thread...)

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns, slowly
It's hard to say that I'd rather stay awake when I'm asleep
Cause everything is never as it seems
(When I fall asleep)

Leave my door open just a crack
(Please take me away from here)
Cause I feel like such an insomniac
(Please take me away from here)
Why do I tire of counting sheep?
(Please take me away from here)
When I'm far too tired to fall asleep
(Ha-ha)

To ten million fireflies
I'm weird cause I hate goodbyes
I got misty eyes as they said farewell
(Said farewell)
But I'll know where several are
If my dreams get real bizarre
Cause I saved a few and I keep them in a jar
(Jar, jar, jar...)

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns, slowly
It's hard to say that I'd rather stay awake when I'm asleep
Cause everything is never as it seems
(When I fall asleep)
[x2]

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns, slowly
It's hard to say that I'd rather stay awake when I'm asleep
Because my dreams are bursting at the seams

Wednesday, June 16, 2010

~hApPy~



Salam sejahtera semua...

Hari ini mood aku happy sangat2... Nak tau tak apa yg membuatkn aku happy?? Nak tak?? Klau taknak tau silalah jangan segan-silu menekan button Alt+F4 ye... tak pon shutdown teros PC anda, lagi baik, tak membazir elektrik... haha

Okay, yg stay kat page aku ni serious eh nak tau... Ada 2 perkara yg membuatkan aku happy.. Sebenarnye takde la gempak sangat benda yg membuatkn aku hepy tu.. Juz, aku rasa nk luahkn jugak dlm blog aku yg x berapa ramai follower ni... Kira nk update blog skali la ni...

First reason yg membuatkn aku happy adalah aku lulus semester 2 dengan agak cemerlang (cemerlang tahap aku la.. bukan tahap dekan.. haha)... Alhamdulillah, syukur kpd Allah kerana pointer sem 4 ni naik dengan mendadak iaitu sebanyak X.XX... (rahsia... haha, mane bleh bgtau kt sini, segan).. Yela, mane taknye, average pointer aku ni bukanlah tahap yg patut dibanggakn, sekadar nak kata OK tu bolehla... haha (tu la, sape suruh malas blaja.. haha).. Ape pon, aku nk ucapkn trimas gozaimas banyak2 kpd ibubapa, family, kawan2, musuh2 dan pensyarah2 aku yg banyak membantu aku utk meningkatkn pointer aku... TRIMAS semua.. LUV U ALL!!!! MMUAHH!! Tahniah untuk diriku dan juga untuk kawan2ku... Bagi yg kurang bernasib baik tu tingkatkan lagi usaha ye..

Okay, cukup cerita pasal result aku....

***********


Sebab lg satu yg membuatkn aku gumbira adalah.......

...


....


....


Jeng Jeng Jeng...



BRAZIL MENANG pagi td!!!!

YES!!! Team pujaan aku menang melawan KOREA UTARA.. Well, kemenangan ni memang sudah dan senang diramal oleh semua pihak memandangkan ranking BRAZIL yg berada di tangga teratas FIFA.

*Ranking FIFA

Brazil menumpaskan Korea Utara 2-1 hasil jaringan Maicon 55' dan Elano 72', manakala Korea Utara mendapat gol saguhati di akhir2 perlawanan hasil jaringan JI Yun Nam 89'. Kenapa sikit sangat?? Kenapa tak belasah Korea Utara tu 10-0 ke, at least macam Germany kalahkan Australia 4-0. Well, aku rasa Brazil tu malas nk menunjuk2, setakat nak panaskan badan.. haha..

So skrg, anda semua sudah tahu pasukan mana yg aku sokong utk Piala Dunia kali ini..., semestinya BRAZIL... Aku sebenarnya dah lama sokong Brazil... Sebabnya... Nantikan post aku tentang Brazil...

Sekian, wassalam

Sunday, June 13, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

12/06/2010 - Hari yg cukup bersejarah buat salah seorang pensyarah UTeM, iaitu Miss Nor Haslinda binti Ismail kerana kini bergelar sbg seorang isteri. Suaminya yg tercinta juga merupakan Staff UTeM yg kini berkhidmat di Bahagian Pendaftar. Lecturer kesayangan ramai itu merupakan lecturer Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Bahagian Kejuruteraan Perisian. Miss (kini Puan), pernah mengajar ku matapelajaran Kejuruteraan perisian pd sem 4.

*klik utk tumbesaran

*klik utk tumbesaran

*klik utk tumbesaran

*klik utk tumbesaran

*klik utk tumbesaran

SELAMAT PENGANTIN BARU kpd PUAN NOR HASLINDA, selamat menempuhi alam rumah tangga. Ku doakan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. . .
Related Posts with Thumbnails