Mereka Sudah Join, Anda Bila Lagi??

Sunday, January 15, 2012

i am back

hello readers...

   I AM BACK!!




setelah sekian lama aku menyepi daripada dunia blog, kini aku kembali... hoho.. rindu dengan dunia blog, rindu nk berblogwalking, rindu nk chat kt kedai kopi rakan2 blogger, rindu nk share bahan berilmiah (berilmiah la sgt kn), yg penting aku rindu kat DIA.. siapa dia? jeng3.. abaikan.. haha =P

so, ade sape2 yg rindukan blog ni x?? rindu tuan punya blog?? haha.. *dah mula senget akibat terlebih herbal aloe concentrate.. huhu

oke, x nk merepek panjang2.. straight to the point.. tujuan aku mula aktif balik berblogging adalah disebabkn 3 faktor :

1. aku bosan
2. aku bosan yg amat
3. aku bosan giler2

haha.. merapu lg.. adoy.. (-__-")


betol lah aku bosan tu sebabnya.. kalau korg, ape sebab korg berblogging? cecite.. mana tau jwpn tu sama dgn jawapan aku..

oke guys n girls.. c u next time.. kalau nk tgk hapdate terbaru, stalk je FB aku.. aku x marah pon nk stalk.. *bajet hot..



p/s: tlg la terima aku wahai kwn2 blogger lama.. cc to padin, gelas kaca, cik sonnet, cik ranting, yusuf otomen, rastamat, yuyu, anna zanariah dan yg seangkatan dgnnya


Bookmark and Share

Friday, April 1, 2011

hb belog




Bookmark and Share

Thursday, March 31, 2011

Batasan dalam bergurau

Salam sejahtera.


1 April, cukup sinonim dengan budaya masyarakat jahiliah yang dikenali sebagai hari ‘April Fool’, iaitu hari di mana kita dibenarkan tanpa segan silu untuk mengenakan rakan-rakan dengan gurauan yang kadang-kadang sangat keterlaluan. Namun sejarah di sebalik itu adalah tragedi pembunuhan beramai-ramai tentera Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara penipuan.

Sumber : KLIK SINI

* * * * * * * * * * * * * * * * * *
Dalam bahasa arab manusia biasa disebut sebagai حيوان ناطق yang bermaksud haiwan yang berkata-kata. Juga masyarakat arab biasa menyebut manusia sebagai حيوان ضاحك yang bermaksud haiwan yang ketawa. Ketawa dan gurauan merupakan fitrah kejadian manusia. Islam agama lengkap tidak akan menghapuskan sesuatu yang bersifat fitrah kejadian seperti keinginan berkahwin bahkan akan membimbingnya bagi memastikan fitrah itu diurus dengan baik. Secara umumnya maksud bergurau sama dengan jenaka yang ditakrifkan sebagai perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggelikan hati orang lain. Seperti yang diketahui membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebaikan dan Rasulullah saw juga berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat baginda.
Umumnya garis panduan bergurau dan jenaka dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Jangan berdusta.
Contoh yang mashyur ialah ramai yang berjenaka dengan cara mengenakan rakan mereka dengan  ‘April Fool’. Akibatnya ada yang merasa sakit hati atau terguris perasaan. Jadi tujuan sebenar bergurau tidak tercapai kerana ada yang merasa dirinya tertipu. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa!”- (AbuDaud)

2) Jangan menjatuhkan maruah orang lain.
Rasulullah saw pernah bersabda, maksudnya: “Cukuplah keburukan bagi seseorang yang menghina saudaranya sesama muslim.”- (Muslim)

3) Berpada dan sederhana.
Rasulullah saw pernah bersabda: “Janganlah kamu banyak tertawa, kerana banyak tertawa itu dapat mematikan hati.”- (Tirmizi). Hadis ini bukan melarang ketawa kerana ketawa adalah fitrah manusia. Yang dilarang adalah banyak ketawa. Saidina Ali r.a pernah berkata: “Berilah jenaka dalam perkataan dengan ukuran seperti anda memberi garam dalam makanan.” Said bin Ash telah memberi nasihat yang baik dalam perkara ini seperti katanya: “Sederhanalah engkau dalam bergurau kerana berlebihan dalam bergurau dapat menghilangkan harga diri dan menyebabkan orang-orang bodoh berani kepadamu, tetapi meninggalkan bergurau akan menjadi kakunya persahabatan dan sepinya pergaulan.”

4) Jangan sampai menakutkan.
Rasulullah saw telah bersabda maksudnya: “Tidak halal bagi seseorang menakut-nakutkan muslim yang lainnya - (At-Thabarani)

5) Sesuai dengan masa dan tempat.
Tiap-tiap sesuatu ada tempatnya, tiap-tiap keadaan ada (cara dan bentuk) perkataannya sendiri. Allah s.w.t. mencela orang-orang musyrik yang tertawa ketika mendengarkan al-quran padahal seharusnya mereka menangis seperti maksud firmannya:
“Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis sedang kamu melengahkannya - (An-Najm:59-61)

Di samping menjaga syarat-syarat di atas, gurauan yang kita lakukan mestilah dapat diterima oleh fitrah yang sejahtera, diredhai akal yang waras dan secocok dengan tatasusila kehidupan masyarakat yang positif dan kreatif.
Sekian
WallahuA’lam

Rujukan:
1) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Al-Mujtama’ Al-Muslim Allazi Nansyuduhu.
2) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Halal dan Haram dalam Islam.
3) Pelbagai.
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS









  Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails