Mereka Sudah Join, Anda Bila Lagi??

Showing posts with label koleksi klawak. Show all posts
Showing posts with label koleksi klawak. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Mesej Wabak Infeksi

Pagi tadi, bangun2 tido je terus tengok jam handphone SE X10 mini pro aku yg kiut ni. Tiba2 ternmpk ade sms notification. Ape lg, aku pon terus check. Unlock je hp terus keluar pop-up mesej tu berbunyi

"DING! Saksikanlah wabak infeksi yang akan merebak ke seluruh negara sekejap lagi."

Haa.. macam tu la bunyi mesej tu. Dahla mesej tu berbentuk pop-up, ade button close je, lepas close trus hilang, xde saved dalam inbox mesej. Sgt seram kan... hehehe... Dalam hati ingatkn ade org bg sms alert pasal tsunami/radioactive. So abaikan je la.Kalau betul alert pasal bencana alam, kat TV nnt mesti ade.

*************************

Then pukul 7.30 mlm td, ternampak kawan post status kat facebook pasal mesej yg sama. “owh, ingatkan aku sorg je yg dpt msj tu”detik dlm hati. Then try la google ttg mesej pelik tu. Hasilnya, menemui beberapa post/discussion dalam blog dan forum tentang benda ni..





Nak tau lebih lanjut tentang misteri mesej tersebut, silalah jenguk sumber rujukan tersebut (tp tak dijamin kesahihannya..hehe)


erk... (-_-")


p/s: sape2 yg tau lebih lanjut tentang perkara ni, silalah share J




Bookmark and Share

Sunday, March 27, 2011

10 fakta yang pelik [part 1]

 
1. QUEUE adalah satu-satunya perkataan dalam Bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan bunyi yang sama sekiranya empat huruf terakhir hilang.

2. ALMOST merupakan perkataan terpanjang dalam Bahasa Inggeris yang disusun mengikut susunan alphabet.


3. RHYTHM merupakan perkataan tanpa vokal yang terpanjang dalam Bahasa Inggeris.



4. TYPEWRITER merupakan perkataan terpanjang dalam Bahasa Inggeris yang terbina daripada satu row keyboard.

5. Gajah merupakan satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat.


6. Warna asal coca-cola adalah warna hijau.

7. Adalah mustahil untuk membuka mata ketika bersin.


8. Wanita mengelip mata dengan kadar 2 kali berbanding lelaki.


9. Kebanyakan orang lebih takut kepada labah-labah berbanding takut kepada mati.



10. Otak burung unta lebih kecil daripada matanya.


**fakta yang ke-10 macam pernah dengar je.. hehe


  Bookmark and Share

Sunday, August 1, 2010

WonderBot - NoBody

memandangkan aku budak AI, aku nk share video ni kat korg semua...

ENJOY!!

aku bercadang nk buat robot ni untuk FYP aku nanti... hehe :P



    Bookmark and Share

Monday, July 26, 2010

peribahasa yang entah ape2...


‎1) Peribahasa:- Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga.



2) Peribahasa:- Patah tumbuh hilang report polis.



3) Peribahasa:- Sehari selembar benang, lama-lama benang habis juga.



4) Peribahasa:- Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

5) Peribahasa:- bersatu kita teguh, bercerai rumah roboh.

6) Peribahasa:- jauh di mata dekat di mata-mata.

7) Peribahasa:- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana makan ngan tidor..

8) Peribahasa:- Berat sama dipikul, ringan lu pikul la sorang2.

9) Peribahasa:- Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, hujan air di negeri sembilan.

10) Peribahasa:- kalau takut dilambung ombak, jangan menonton filem ongbak.

11) Peribahasa:- masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau, mau mati ka?.

12) Peribahasa:- biar mati anak, jangan mati pucuk.

13) Peribahasa:- Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

14) Peribahasa:- kerana mulut, badan membesar.

15) Peribahasa:- Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

16) Peribahasa:- Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

17) Peribahasa:- Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

18) Peribahasa:- Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

19) Peribahasa:- Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

20) Peribahasa:- Biar putih tulang jangan kuning otak.

21) Peribahasa:- Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

22) Peribahasa:- Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

23) Peribahasa:- Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

24) Peribahasa:- Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

25) Peribahasa:- Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

26) Peribahasa:- Ader udang di sebalik gudang.

27) Peribahasa:- Hidung tak mancung, dagu pulak yang mancung.

28) Peribahasa:- Sambil menyelam tengok kapal selam.

29) Peribahasa:- menunggang kuda lebih baik dari ditunggang macam kuda, tapi kalau hidup tunggang langgang lebih baik hidup jadi kuda

30) Peribahasa:- Hendak seribu daya, tak hendak pun tak apa.

31) Peribahasa:- Lembu punya susu, susu cap teko dapat nama.

32) Peribahasa:- Hidup segan mati gameover.







  Bookmark and Share

Tuesday, July 20, 2010

Produk yg agak meragukan...

Berikut adalah senarai produk-produk yg agak meragukan dari segi RAMUANnya...








































   Bookmark and Share

Monday, July 19, 2010

menyamar


makhluk yg menyorok : dia datang, baik aku senyap




musang : mane pulak dia ni menyorok ni?? !@!#@%




makhluk yg menyorok : cepat la blah....
musang : kat sana kot...




makhluk yg menyorok : OKe, line clear.. semua boleh keluar...



   Bookmark and Share

Sunday, July 18, 2010

Robot Anti-Bohong

Pada suatu hari seorang Ayah dengan gembiranya membeli sebuah Robot canggih yang berupaya mengesan sebarang pembohongan. Dia tidak sabar menguji kemampuan robotnya. Ramli, anak sulungnya pulang rumah pukul 11 malam. Si ayah menanti bersama Robotnya diruang tamu.



Ayah : Kamu dari mana Ramli?
Ramli : Belajar, ayah!, dengan pantas si Robot pun menampar Ramli…… PLAK
Ayah : Jangan bohong nak! Robot ini akan menamparmu setiap kali kamu
berbohong. Baik kamu jawab yg sebenar2-benarnya, kamu dari mana?!
Ramli : Tengok movie di rumah kawan…
Ayah : Filem apa?
Ramli : Filem perang… PLAK! Si anak kena tampar sekali lagi oleh Robot.
Ayah : Baik kamu jujur dengan ayah!!
Ramli : Saya tengok filem porno, ayah.
Ayah : haa… Bertuah punya anak! Kamu tahu tak, waktu Ayah sebaya kamu, Ayah belum
pernah tengok filem porno… PLAK! Sekarang giliran si ayah yang kena tampar
robot.

Mendengar suara yang kecoh di ruang tamu, Si Ibu pun keluar dan melihat
wajah anaknya merah lebam habis kena tampar oleh Robot.
Ibu : Ayah! Jangan keterlaluan bang! Senakal-nakal Ramli, dia kan anak kamu!
PLAK! kali ini Si Ibu pula yang kena tampar robot..






   Bookmark and Share

Wednesday, July 7, 2010

habuan...




























   Bookmark and Share

Friday, July 2, 2010

koleksi tulang


















p/s : Brazil menang mlm ni.. hehe


Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails