Mereka Sudah Join, Anda Bila Lagi??

Sunday, July 11, 2010

kucing.. ada peringatan di sebalik kehadirannya

Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??"



Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"



Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA."



Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.



renunglah diri kita.. berapa banyak kah kita sudah membuang "najis" di bumiNya ?.. mari lah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri kita serta mensyukuri segala nikmat pemberianNya..




**credits to seorang hamba Allah yg bernama Zulhilmi bin Saad for sharing this tazkirah =)





ini kucing yg baru aku jumpa kt umah sewa baru aku.. nama dye orenja@taki@meoww.. buat masa ni, dye lah yg menemaniku.. hukhuk






  Bookmark and Share

Friday, July 9, 2010

fakta menarik tentang World Cup (MESTI BACA!!!)

salam sejahtera..

hari ni time aku dok surfing internet, tiba2 terbaca satu fakta yg menarik tentang World Cup. Aku tak sure kalau korang semua dah pernah terbaca atau tidak, yang pasti fakta ni memang menarik. Mula2 aku baca pon macam tak percaya... Ahh.. mungkin hanya kebetulan je kot.. Mungkin kebetulan, yang penting fakta tu betul. Kebetulan?? Ni dah macam cerita SOTONG si PAUL je.. hahaha... Ntahla.. Korang bacalah sendiri dan sila respon di ruangan komen.


fakta :



1. Brazil memenangi World Cup pada tahun 1994. Sebelum itu Brazil juga memenangi
World Cup pada tahun 1970. Jika dijumlahkan 1994 + 1970 = 3964

2. Argentina memenangi World Cup pada tahun 1986. Sebelum itu Argentina juga memenangi World Cup pada tahun 1978. Jika dijumlahkan 1986 + 1978 = 3964

3. Jerman memenangi World Cup pada tahun 1990. Sebelum itu Jerman juga memenangi
World Cup pada tahun 1974. Jika dijumlahkan 1990 + 1974 = 3964

4. Sekali lagi Brazil memenangi World Cup pada tahun 2002. Sebelum itu juga Brazil memenangi World Cup pada tahun 1962. Jika dijumlahkan 2002 + 1962 = 3964

5. Agak2 korang la negara mana yang akan menjuarai World Cup 2010
berdasarkan FORMULA yang wujud entah dari mane ni??


sila kira sendiri... tau math basic kan??

uɐɯɹǝɾ ɥɐlɐpɐ ɐʎuuɐdɐʍɐɾ



p/s : kalau nak semak negara mana yang memenangi WC yang lepas2, bolehlah rujuk di SINI

p/s/s : tak tahulah sama ada ni secara kebetulan atau pon propaganda sesuatu pihak

p/s/s/s : nasib baik FORMULA tu salah untuk WC 2010 ni.. hahaha...





Bookmark and Share

Thursday, July 8, 2010

welcome to BITI - senpai

"Mak ai... 14 Group Confirmations??!!"

sila abaikan request mafia wars :P


Itulah reaksi aku sebaik sahaja FB dibuka. Haiz.. (mengeluh kejap). Banyaknya request untuk group ni. Group yang aku maksudkan adalah Group UTeM BITI (Artificial Intelligence). Masalahnya request tu datang seramai 14 SERENTAK pulak tu.. Siapalah punya kerja yg mewar-warkan group ni kepada khalayak ramai ni??.. Owh ya, baru teringat... Mesti si Priya punya kerja ni, mempromosikan group ni kepada adik2 dia. Bagus Priya . Good job. Senior macam ni lah yg kita nak kan. Caring dengan adik2 junior. ekeke..


Bercakap pasal senior, wahh.., lagi beberapa hari lagi aku akan memulakan semester baru. Sekejap je rasanya belajar ni. Pejam celik pejam celik dah berada di tahun ketiga. Rasa macam baru semalam je daftar kat UTeM ni.. hahaha...


Buat student baru, aku ucapkan SELAMAT DATANG ke UTeM..

Buat adik2 ku yg mendapat Kos BITI, SELAMAT MENJADI WARGA AI
Marilah bersama2 menaikkan nama BITI.

hidup AI




   Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails