Mereka Sudah Join, Anda Bila Lagi??

Monday, October 25, 2010

reunion BITI UTeM


Pada tanggal 23/10/2010, seluruh warga batch BITI (Bachelor of CS majoring in Artificial Intelligence) UTeM telah mengadakan sebuah REUNION. Reunion ini adalah reunion yg julung kali diadakan sejak penubuhan kos BITI kat UTeM ni. Setakat ni baru ada 4 batch, 1st batch masih belum lg graduate, sedang menjalani LI. BITI adalah kos yg paling muda di FTMK (Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi).

Alhamdulillah, sambutan yg diberikan agak memuaskan. Setiap batch dari 1st hingga 4th batch menghantar wakil masing2. W/pun hanya seorang wakil dari 4th batch, namun ia sudah memadai. Tahniah kepada Zulhilmi Hermain kerana dapat menjadi wakil batch anda. Batch yg paling ramai?? Hmm, batch aku kot (2nd batch).. hehe.. Kami paham, ramai adik2 junior tak dapat datang disebabkan masalah transport. Jika Reunion ini dirancang awal2, mungkin masalah ini dapat diatasi. Tahniah juga aku ucapkan pada kakak2/abang2 senior yg sanggup datang w/pun sedang sibuk dengan LI masing2. Ada yg sanggup turun dari KL (*eh, ade ke?) semata2 ingin bertemu dengan adik2 junior. Tak lupa juga kepada yg lain, terima kasih kerana datang, terima kasih kerana menjayakan REUNION BITI. Arigatou gozaimasu!!! ^_^ . Pd yg tak dapat datang tu tak mengapa, mungkin ada hal yg tak dapat dielakkan, kami paham. Tp, seriously korg memang rugi.. hehe..

Seperti biasa, menghadiri acara yg grand2 ni mestilah dressing sikit (*sikit ke?? haha). Lagi2 nk jumpa dengan adik2 junior yg comel2 dn cun2 kn (*statement gatal.. haha..). Lepas siap dressing bagai, aku dan rumetku serta 3 org jejaka macho lain bertolak ke D'Village Resort. Setibanya kami as the VVIP, kami disambut dengan penuh hormat (*ececeh..) dan diberikan lencana batch. Kami duduk di tempat yg disediakan, sementara tunggu VIP2 lain tiba, acara "menjual minyak" pon bermula secara tak langsung. Kemudian, program dimulakan pd jam 9.10 malam setelah para jemputan VVIP tiba dan duduk di tempat masing2. Program dimulakan dengan bacaan doa makan oleh saudara Zaxx. Selepas itu, acara makan/melantak pun bermula. Beraneka lauk pauk yg sungguh meliurkan anak tekak disediakan oleh pihak D'Village Resort. Maklumlah, dinner pd malam itu bernilai Ringgit Malaysia 30 untuk satu mulut. Fuhh, mahal tu!! Tapi takpe, kami semua sanggup makan megi satu minggu demi Dinner pd malam ini. Antara menu yg disediakan pihak resort adalah; ayam goreng berempah, sambal udang, fillet ikan masak ape ntah dan mcm2 lg (*tak ingat nama, ingat makan je).

"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, "burrppp" alhamdulillah"

Selepas acara melantak, game 'kotak beracun' bermula. Dalam game ini, setiap pasangan meja hendaklah mencabut "kertas tak bertuah" drpd kotak, then melakukan task yg tertulis kat kertas tu. Macam2 task ada, ada yg kena nyanyi lagu dangdut sambil goyang inul, ada yg kena demo jual tilam vono, ada yg kena berlakon jadi orang gilak dan macam2 lagi. Semuanya lawak2 belaka. Nasibku sangat tak bertuah kerana tak terpilih. Tengah syok2 main game, tiba2 pihak pengurusan cafe resort ingin menghalau kami. Sedih je rasa, nak main lg. Game terpaksa diberhentikan, program diteruskan dengan acara "posing-memosing" di lobi. Huh, time ni la masing2 menunjuk segala bakat posing yg ade. Posing gaya tu la, posing gaya ni la. Nasib baik aku tak reti posing, haha. Dan time ni lah nk menyerlahkan kecomelan / keayuan / kecantikan / kejelitaan / kehenseman / kemachoan / kemaluan masing2. Snap sana, snap sini. Candid sana, candid sini. Skandal sana, skandal sini. Curang sana, curang sini. Acara berposing berlanjutan hingga ke tengah malam. Ada yg tak puas2 lagi posing. Haih, muka dia je, takde muka orang lain ke?? (*nada tak puas hati) =_=" . Yela, peluang macam ni datang hanya sekali setahun, so gunakan sebaik mungkin untuk bergambar dgn adik2 junior / akak abang senior. Setelah puas berposing (*sebenarnya tak puas lagi), kami pun bersurai.

Kenangan pd malam itu sangat bermakna buat mereka yg datang. Terima kasih sekali kepada semua yg terlibat manjayakan Majlis yg gilang-gemilang itu. Terima kasih juga kepada AJK yg telah bertungkus-lumus set up majlis tersebut. Next year kita buat lg ye :)
apa-apa pun aku nk cakap yg "you guys memang sporting abis!!, BITI rocks!! woohoo!!"
-sekian-

ni je lah gambar2 yg sempat aku upload, layan...

posing beramai-ramai


first batch

 second batch

third batch

aku bersama wakil 4th batch, Zul

nama kat kerusi

artis2 yg dijemput khas, yg baju putih tu Frank Iero MCR

 badge (nice, thx eh)

aku bersama cik khadija

orang gilak BITI 

akmal tengah jual minyak

Bilal menunjukkan kemaluannya sifat malu

 bacaan doa (orang baca doa ko sibuk wat peace eh ana)

jemput makan

Omar yg sedang merajuk, dipujuk oleh Rima

meja makan ku

iklan tilam vono

yg ni pon artis jugak

yg ni hanya insan biasa


    Bookmark and Share

Sunday, October 3, 2010

spider web a.k.a. sawang labah-labah

spider web is a sticky net that spiders make from silk to trap their prey. When insects fly or crawl into the web, they get stuck and the spider eats them. Most spider webs are very thin, but are also very strong. Different kinds of spiders make different types of webs. Spiders make different webs in different places to trap many kinds of prey


**dicuri daripada encik google**

info tambahan - sawang labah-labah ini boleh dijumpai di tempat-tempat yang sudah lama tidak didiami macam kt BLOG INI...


p/s: aku fobia sangat dengan labah-labah yang bersaiz besar...




   Bookmark and Share

Tuesday, September 7, 2010

ramadhan oh ramadhan T_T

Berada di 2,3 malam terakhir Ramadhan ini, sangat-sangat memberi kesyahduan pada diri.

Ya ALLAH, Ramadhan bakal berakhir! Apakah sempat aku menemuinya lagi?
Dengan keadaan Adilfitri yang bakal menjelma, suasana seluruh negara hari ini telah mula meraikan kedatangannya hingga menenggelamkan detik-detik akhir Ramadhan ini. Siapa lah kita ingin menyambut Aidilftri ini? Tak layak rasanya, baru-baru ini saya mula bertnya kembali pada diri, selama berada dalam madrasah Ramadhan ini, apakah yang telah saya lakukan? Amalan apa yang telah saya kumpul? Tilawah? Tarawih? Sedekah? MasyaAllah, sedikit benar apa yang saya lakukan... 

Jika difikirkan andai ini Ramadhan terakhirku, betapa sedihnya diri ini telah mensia-siakan segala peluang yang ALLAH berikan sedangkan bulan ini khusus ALLAH berikan kepada ummatnya utk mengumpul seberapa bnyak pahala.

Bagaimana untuk ku melepaskan Ramadhan ini dalam keadaan begini? Sepatutnya, berakhirnya Ramadhan ini, maka kita graduan hasil daripada institusi Ramadhan ini akan menghadapi 2 kemenangan, iaitu kemenangan bertemu dengan Tuhannya dan kemenangan setelah berjaya menghadapi peperangan dalam bulan Ramadhan, iaitu berperang dengan diri, hawa nafsu. Namun, sedih sekali apabila kita tiada perubahan dalam diri, seperti hanya melalui masa Ramadhan ini sebagai trend berpuasa tanpa ada kesan pada diri. Astaghfirullah...

Sepertimana saya petik dari risalah Hilal Asyraf erti Eidul Fitri itu apa sebenarnya?

Makna Aidilfitri dan hakikatnya
Perkataan ‘Aid’ atau (‘id) pada awal kata Aidulfitri adalah berkmaksud perayaan. Perkataan ‘fitri’ atau (fitr) pula pulang kepada makna Fitrah. Di dalam bahasa arab, saya sering menyebutnya dengan ejaan begini: ‘idulfitr. Perkataan ‘id + al-fitr.

Melihat semula maknanya, maka hakikatnya Aidilfitri ini adalah perayaan merayakan fitrah. Fitrah apakah yang hendak dirayakan ini? Mengapa namanya demikian?

Maka di sinilah kita perlu melihat semula kepada Ramadhan. Apakah kegunaan Ramadhan?

Ramadhan adalah kem pengislahan diri, peningkatan peribadi, pembersihan hati. Sekiranya kita benar-benar mengisi Ramadhan dengan baik, maka kita akan keluar daripada menjadi seseorang yang baru. Seseorang yang seakan bayi baru lahir. Suci sesuci fitrahnya yang sebenar. Kita akan kembali kepada fitrah kita yang hakiki, yakni menjadi hamba Allah SWT yang taat.

Aidilfitri wujud, untuk meraikan graduan-graduan Ramadhan yang berjaya kembali kepada fitrah. Aidilfitri wujud, untuk meraikan mereka yang bermati-matian mengisi Ramadhan dengan amal ibadah dengan tujuan untuk kembali kepada fitrah ini. Aidilfitri wujud, untuk mereka yang menghidupkan Ramadhan dan mengambil manfaatnya dengan bersungguh-sungguh, untuk dibawa keluar manfaatnya itu pada sebelah bulan yang lain.
Itulah maknanya Aidilfitri.

Persoalannya, adakah kita benar-benar mengisi Ramadhan kita sehingga selayaknya kita meraikannya kelak di Aidilfitri? Maka tidak layak untukku bergembira tika ini... Seperti nya kita bergembira dengan pemergian RAMADHAN... Secara jujurnya, dalam bulan tarbiyah ini, bnyk mengajarku erti kesabaran dan mendidik hatiku untuk setiap ujian yang mendatang, pasti akan ku rindui kedatangan bulan mulia ini. MasyaAllah.. Syahdunya pemergian mu...

Kita perlu berfikir kembali.
Aku berpuasa dalam Ramadhan, tapi masih melakukan maksiat, apakah ibadahku diterima?
Aku bertilawah, tetapi hatiku masih sukar memaafkan sahabt, masih suka mengumpat, apakah puasaku ini hnya menahan lapar dan dahaga?
Aku bertarawih, tetapi masih berpegangan tangan, berbonceng motor lelaki dan perempuan, apakah ibadah Ramdhan ini tidak ada apa untukku? 
Ya ALLAH, hambaMu ini masih belum berjaya berperang dengan nafsu, masih tunduk pada nafsu.. Astaghfirullah... Maka layakkah untuk hambaMu ini meraikan kemenangan di Aidilfitri? Sedangkan ini juga ummat yang semakin meraikan pemergian Ramadhan, dan bersungguh2 menyambut kedatangan Syawal...

Marilah kita kembali koreksi diri dalam kesyahduan Ramadhan ini...

Hari-hari yang ku lalui, 
Terasa benar-benar berbeza dalam madrasah ini,
Namun insan hina ini gagal membina segunung ibadah,
Malahan selautan kelalaian pula yang di berikan,
Tika mata-mata keinsafan membasahi bumi,
Sujud, tunduk merasai kebesaran ilahi dalam syahdu Ramadhan ini.
Apakah kesempatan ini dapat ku miliki?

Jangan biarkan hati-hati ini kaku dalam kealpaan,
Jangan biarkan kami gembira dalam dosa,
Berilah kesedaran ini walaupun ia pahit untuk ditelan,
Ya ALLAH!
Apakah sisa Ramadhan ini bakal ditempuhi,
Dengan membawa sekeping hati yang suci,
Moga masih ada ruang waktu untukku,
Agar hadiah yang ku terima kelak di Aidilfitri benar untukku.


JALAN MUJAHADAH MENUJU CINTA ILAHI TERASA AMAT PAYAH, NAMUN HANYA KERANA ENGKAU DESTINASI CINTA KU, MAKA PERJUANGAN YANG PAYAH INI TERASA MANIS DAN DOAKU MOGA HATI INI KEKAL DAN THABIT DI ATAS JALAN INI.



by,





Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails