Mereka Sudah Join, Anda Bila Lagi??

Thursday, March 31, 2011

Batasan dalam bergurau

Salam sejahtera.


1 April, cukup sinonim dengan budaya masyarakat jahiliah yang dikenali sebagai hari ‘April Fool’, iaitu hari di mana kita dibenarkan tanpa segan silu untuk mengenakan rakan-rakan dengan gurauan yang kadang-kadang sangat keterlaluan. Namun sejarah di sebalik itu adalah tragedi pembunuhan beramai-ramai tentera Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara penipuan.

Sumber : KLIK SINI

* * * * * * * * * * * * * * * * * *
Dalam bahasa arab manusia biasa disebut sebagai حيوان ناطق yang bermaksud haiwan yang berkata-kata. Juga masyarakat arab biasa menyebut manusia sebagai حيوان ضاحك yang bermaksud haiwan yang ketawa. Ketawa dan gurauan merupakan fitrah kejadian manusia. Islam agama lengkap tidak akan menghapuskan sesuatu yang bersifat fitrah kejadian seperti keinginan berkahwin bahkan akan membimbingnya bagi memastikan fitrah itu diurus dengan baik. Secara umumnya maksud bergurau sama dengan jenaka yang ditakrifkan sebagai perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggelikan hati orang lain. Seperti yang diketahui membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebaikan dan Rasulullah saw juga berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat baginda.
Umumnya garis panduan bergurau dan jenaka dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Jangan berdusta.
Contoh yang mashyur ialah ramai yang berjenaka dengan cara mengenakan rakan mereka dengan  ‘April Fool’. Akibatnya ada yang merasa sakit hati atau terguris perasaan. Jadi tujuan sebenar bergurau tidak tercapai kerana ada yang merasa dirinya tertipu. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa!”- (AbuDaud)

2) Jangan menjatuhkan maruah orang lain.
Rasulullah saw pernah bersabda, maksudnya: “Cukuplah keburukan bagi seseorang yang menghina saudaranya sesama muslim.”- (Muslim)

3) Berpada dan sederhana.
Rasulullah saw pernah bersabda: “Janganlah kamu banyak tertawa, kerana banyak tertawa itu dapat mematikan hati.”- (Tirmizi). Hadis ini bukan melarang ketawa kerana ketawa adalah fitrah manusia. Yang dilarang adalah banyak ketawa. Saidina Ali r.a pernah berkata: “Berilah jenaka dalam perkataan dengan ukuran seperti anda memberi garam dalam makanan.” Said bin Ash telah memberi nasihat yang baik dalam perkara ini seperti katanya: “Sederhanalah engkau dalam bergurau kerana berlebihan dalam bergurau dapat menghilangkan harga diri dan menyebabkan orang-orang bodoh berani kepadamu, tetapi meninggalkan bergurau akan menjadi kakunya persahabatan dan sepinya pergaulan.”

4) Jangan sampai menakutkan.
Rasulullah saw telah bersabda maksudnya: “Tidak halal bagi seseorang menakut-nakutkan muslim yang lainnya - (At-Thabarani)

5) Sesuai dengan masa dan tempat.
Tiap-tiap sesuatu ada tempatnya, tiap-tiap keadaan ada (cara dan bentuk) perkataannya sendiri. Allah s.w.t. mencela orang-orang musyrik yang tertawa ketika mendengarkan al-quran padahal seharusnya mereka menangis seperti maksud firmannya:
“Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis sedang kamu melengahkannya - (An-Najm:59-61)

Di samping menjaga syarat-syarat di atas, gurauan yang kita lakukan mestilah dapat diterima oleh fitrah yang sejahtera, diredhai akal yang waras dan secocok dengan tatasusila kehidupan masyarakat yang positif dan kreatif.
Sekian
WallahuA’lam

Rujukan:
1) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Al-Mujtama’ Al-Muslim Allazi Nansyuduhu.
2) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Halal dan Haram dalam Islam.
3) Pelbagai.
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS









  Bookmark and Share

Tuesday, March 29, 2011

hindarkan wanita yang enam ini

Pesanan Rasulullah S.A.W. untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahtangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.







  Bookmark and Share

If you had a day to volunteer, where would you volunteer?

fukushima daiichi, japan

kaunter pertanyaan dibuka 24jam 7hari seminggu..

Monday, March 28, 2011

Mesej Wabak Infeksi

Pagi tadi, bangun2 tido je terus tengok jam handphone SE X10 mini pro aku yg kiut ni. Tiba2 ternmpk ade sms notification. Ape lg, aku pon terus check. Unlock je hp terus keluar pop-up mesej tu berbunyi

"DING! Saksikanlah wabak infeksi yang akan merebak ke seluruh negara sekejap lagi."

Haa.. macam tu la bunyi mesej tu. Dahla mesej tu berbentuk pop-up, ade button close je, lepas close trus hilang, xde saved dalam inbox mesej. Sgt seram kan... hehehe... Dalam hati ingatkn ade org bg sms alert pasal tsunami/radioactive. So abaikan je la.Kalau betul alert pasal bencana alam, kat TV nnt mesti ade.

*************************

Then pukul 7.30 mlm td, ternampak kawan post status kat facebook pasal mesej yg sama. “owh, ingatkan aku sorg je yg dpt msj tu”detik dlm hati. Then try la google ttg mesej pelik tu. Hasilnya, menemui beberapa post/discussion dalam blog dan forum tentang benda ni..





Nak tau lebih lanjut tentang misteri mesej tersebut, silalah jenguk sumber rujukan tersebut (tp tak dijamin kesahihannya..hehe)


erk... (-_-")


p/s: sape2 yg tau lebih lanjut tentang perkara ni, silalah share J




Bookmark and Share

Sunday, March 27, 2011

10 fakta yang pelik [part 1]

 
1. QUEUE adalah satu-satunya perkataan dalam Bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan bunyi yang sama sekiranya empat huruf terakhir hilang.

2. ALMOST merupakan perkataan terpanjang dalam Bahasa Inggeris yang disusun mengikut susunan alphabet.


3. RHYTHM merupakan perkataan tanpa vokal yang terpanjang dalam Bahasa Inggeris.



4. TYPEWRITER merupakan perkataan terpanjang dalam Bahasa Inggeris yang terbina daripada satu row keyboard.

5. Gajah merupakan satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat.


6. Warna asal coca-cola adalah warna hijau.

7. Adalah mustahil untuk membuka mata ketika bersin.


8. Wanita mengelip mata dengan kadar 2 kali berbanding lelaki.


9. Kebanyakan orang lebih takut kepada labah-labah berbanding takut kepada mati.



10. Otak burung unta lebih kecil daripada matanya.


**fakta yang ke-10 macam pernah dengar je.. hehe


  Bookmark and Share

Friday, March 25, 2011

happy birthday.


entri kali ni ditujukan khas kepada satu-satunya kakak kandung aku dalam dunia ni... 


HAPPY BIRTHDAY 
yg ke-26

**tak mampu bg yg betul..hehe

~semoga berbahagia disamping family tercinta~
~semoga panjang umur dan sihat selalu~
~semoga cepat naik pangkat... nanti boleh belanje makan... hehe :P ~
~semoga cepat mendapat ahli baru~




  Bookmark and Share

Saturday, March 5, 2011

perigi cari timba?apa pendapat ko? dan mcm mana perigi tu nak memulakan langkah?

emm... positive... even sejak zaman rasulullah benda ni dah ade.... so zaman skrg ni mmg praktikal sgt lah... ketepikanlah fikiran kolot "aku pompuan melayu, x sopan la klau mcm tu".. klau mcm tu smpai ke tua la x dpt laki yg diidamkan.. tambahan, zaman skrg ni x ramai lelaki yg boleh wat laki dn ayah yg bertanggungjawab dn beriman.. klau stakat wat BF, bangla kt mydin pon bole.. hmm, camne nk mulakan?? refer to cara saydatina khadijah.. mcmane beliau memulakan langkah memikat hati rasulullah...

kaunter pertanyaan dibuka 24jam 7hari seminggu..

Wednesday, March 2, 2011

If the Internet and TV didn't exist, what would you spend most of your time doing?

u stupid question, how come i can answer this question if there is no internet.. **u cannot fool me..
Related Posts with Thumbnails