Mereka Sudah Join, Anda Bila Lagi??

Showing posts with label owh.. baru sy tau. Show all posts
Showing posts with label owh.. baru sy tau. Show all posts

Friday, April 1, 2011

hb belog




Bookmark and Share

Thursday, March 31, 2011

Batasan dalam bergurau

Salam sejahtera.


1 April, cukup sinonim dengan budaya masyarakat jahiliah yang dikenali sebagai hari ‘April Fool’, iaitu hari di mana kita dibenarkan tanpa segan silu untuk mengenakan rakan-rakan dengan gurauan yang kadang-kadang sangat keterlaluan. Namun sejarah di sebalik itu adalah tragedi pembunuhan beramai-ramai tentera Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara penipuan.

Sumber : KLIK SINI

* * * * * * * * * * * * * * * * * *
Dalam bahasa arab manusia biasa disebut sebagai حيوان ناطق yang bermaksud haiwan yang berkata-kata. Juga masyarakat arab biasa menyebut manusia sebagai حيوان ضاحك yang bermaksud haiwan yang ketawa. Ketawa dan gurauan merupakan fitrah kejadian manusia. Islam agama lengkap tidak akan menghapuskan sesuatu yang bersifat fitrah kejadian seperti keinginan berkahwin bahkan akan membimbingnya bagi memastikan fitrah itu diurus dengan baik. Secara umumnya maksud bergurau sama dengan jenaka yang ditakrifkan sebagai perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggelikan hati orang lain. Seperti yang diketahui membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebaikan dan Rasulullah saw juga berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat baginda.
Umumnya garis panduan bergurau dan jenaka dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Jangan berdusta.
Contoh yang mashyur ialah ramai yang berjenaka dengan cara mengenakan rakan mereka dengan  ‘April Fool’. Akibatnya ada yang merasa sakit hati atau terguris perasaan. Jadi tujuan sebenar bergurau tidak tercapai kerana ada yang merasa dirinya tertipu. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa!”- (AbuDaud)

2) Jangan menjatuhkan maruah orang lain.
Rasulullah saw pernah bersabda, maksudnya: “Cukuplah keburukan bagi seseorang yang menghina saudaranya sesama muslim.”- (Muslim)

3) Berpada dan sederhana.
Rasulullah saw pernah bersabda: “Janganlah kamu banyak tertawa, kerana banyak tertawa itu dapat mematikan hati.”- (Tirmizi). Hadis ini bukan melarang ketawa kerana ketawa adalah fitrah manusia. Yang dilarang adalah banyak ketawa. Saidina Ali r.a pernah berkata: “Berilah jenaka dalam perkataan dengan ukuran seperti anda memberi garam dalam makanan.” Said bin Ash telah memberi nasihat yang baik dalam perkara ini seperti katanya: “Sederhanalah engkau dalam bergurau kerana berlebihan dalam bergurau dapat menghilangkan harga diri dan menyebabkan orang-orang bodoh berani kepadamu, tetapi meninggalkan bergurau akan menjadi kakunya persahabatan dan sepinya pergaulan.”

4) Jangan sampai menakutkan.
Rasulullah saw telah bersabda maksudnya: “Tidak halal bagi seseorang menakut-nakutkan muslim yang lainnya - (At-Thabarani)

5) Sesuai dengan masa dan tempat.
Tiap-tiap sesuatu ada tempatnya, tiap-tiap keadaan ada (cara dan bentuk) perkataannya sendiri. Allah s.w.t. mencela orang-orang musyrik yang tertawa ketika mendengarkan al-quran padahal seharusnya mereka menangis seperti maksud firmannya:
“Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis sedang kamu melengahkannya - (An-Najm:59-61)

Di samping menjaga syarat-syarat di atas, gurauan yang kita lakukan mestilah dapat diterima oleh fitrah yang sejahtera, diredhai akal yang waras dan secocok dengan tatasusila kehidupan masyarakat yang positif dan kreatif.
Sekian
WallahuA’lam

Rujukan:
1) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Al-Mujtama’ Al-Muslim Allazi Nansyuduhu.
2) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Halal dan Haram dalam Islam.
3) Pelbagai.
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS









  Bookmark and Share

Tuesday, March 29, 2011

hindarkan wanita yang enam ini

Pesanan Rasulullah S.A.W. untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahtangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.







  Bookmark and Share

Monday, March 28, 2011

Mesej Wabak Infeksi

Pagi tadi, bangun2 tido je terus tengok jam handphone SE X10 mini pro aku yg kiut ni. Tiba2 ternmpk ade sms notification. Ape lg, aku pon terus check. Unlock je hp terus keluar pop-up mesej tu berbunyi

"DING! Saksikanlah wabak infeksi yang akan merebak ke seluruh negara sekejap lagi."

Haa.. macam tu la bunyi mesej tu. Dahla mesej tu berbentuk pop-up, ade button close je, lepas close trus hilang, xde saved dalam inbox mesej. Sgt seram kan... hehehe... Dalam hati ingatkn ade org bg sms alert pasal tsunami/radioactive. So abaikan je la.Kalau betul alert pasal bencana alam, kat TV nnt mesti ade.

*************************

Then pukul 7.30 mlm td, ternampak kawan post status kat facebook pasal mesej yg sama. “owh, ingatkan aku sorg je yg dpt msj tu”detik dlm hati. Then try la google ttg mesej pelik tu. Hasilnya, menemui beberapa post/discussion dalam blog dan forum tentang benda ni..





Nak tau lebih lanjut tentang misteri mesej tersebut, silalah jenguk sumber rujukan tersebut (tp tak dijamin kesahihannya..hehe)


erk... (-_-")


p/s: sape2 yg tau lebih lanjut tentang perkara ni, silalah share J




Bookmark and Share

Sunday, March 27, 2011

10 fakta yang pelik [part 1]

 
1. QUEUE adalah satu-satunya perkataan dalam Bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan bunyi yang sama sekiranya empat huruf terakhir hilang.

2. ALMOST merupakan perkataan terpanjang dalam Bahasa Inggeris yang disusun mengikut susunan alphabet.


3. RHYTHM merupakan perkataan tanpa vokal yang terpanjang dalam Bahasa Inggeris.



4. TYPEWRITER merupakan perkataan terpanjang dalam Bahasa Inggeris yang terbina daripada satu row keyboard.

5. Gajah merupakan satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat.


6. Warna asal coca-cola adalah warna hijau.

7. Adalah mustahil untuk membuka mata ketika bersin.


8. Wanita mengelip mata dengan kadar 2 kali berbanding lelaki.


9. Kebanyakan orang lebih takut kepada labah-labah berbanding takut kepada mati.



10. Otak burung unta lebih kecil daripada matanya.


**fakta yang ke-10 macam pernah dengar je.. hehe


  Bookmark and Share

Friday, December 31, 2010

Tag-tag.. haiz.. aku kena tag!!! sape yg tag aku?? nk kena nih!!! xpela, ok jugak ade org tag aku, sekurang2nye ade lg rakan blogger yg masih igt dgn blogger yg kerdil ini.. ;)


Sekurang2nye, boleh jugak tag ni dikira sbg blog update... dah lame dah x update blog.. bukan malas, tp semangat yg dahulunya berkobar2 telah hilang entah ke mana... di harap, rakan2 blogger tersayang yg lain boleh la bg kata2 semangat kat aku untuk meneruskan perjuangan dalam dunia blog yg sungguh mencabar mental ini.. tolong yek ;)
Berbalik kpd tag yg aku terima... TERIMA KASIH daun keladi kpd cik zatul alwani shaffiei kerana sudi menge-tag... esok2 tag lg ye.. cik zatul ni sebenarnya junior aku kat UTeM.. siapa blogger UTeM jgn ckp la x kenal cik zatul ni.. dia sgt2 famous di kalangan blogger UTeM.. haha.. dia ni sweet dan peramah orgnye.. (aku dah puji, nk upah ckit zatul :P).. best dpt berkenalan dgn dia.. ;)

OKla, kita tengok soalan2 cepumas yg ade :

1. apa benda paling penting dalam hidup korang?
- benda?? benda mestilah yg x bernyawa kn?? hmm, handset, lappy, kunci kereta + kereta kancil NBK 8382 kaler silver, dompet beserta isinya (lesen memandu + IC + kad2 bank)... tp agak2 aku boleh hidup ke tanpa benda ni semua?? hmm.., boleh kot..

2. benda terakhir yg korang beli guna duit korang?
- hmm, topup maxis..

3. dimanakah korang melangsungkan perkahwinan korang dan apa temanya ?
- hmm, aku belom kahwin ler... tp klau nk jwb kat mane nk melangsungkn perkahwinan tu, aku jawab kat umah je la kot... lg save bajet.. panggil sedare mare rewang.. hehe.. tema? ntah, ikutla suka mak aku nanti.. x kesah.. ;)

4. adakah korang tengah bercinta sekarang ?
- belom kahwin, mestilah belom bercinta... no couple before married ok!!

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?
- kalau boleh hingga ke syurga... chewahh.. haha..

6. dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang ?
- not related.. haha

7. novel/buku/majalah yg terakhir dibeli ?
- buku motivasi LA TAHZAN karangan Dr. Aidh Abdullah..

8. nama penuh korang ?
- haiz.. perlu ke?? Muhammad Nor Afiff bin Samiran..

9. antara mak ngan ayah.. mana lagi rapat ?
- Mak.. ;)

10. namakan org yg korang betul2 nak jumpa dlm idup korang ?
- manusia teragung Nabi Muhammad S.A.W.. semoga dpt berjumpa di akhirat kelak..

11. adakah korang basuh baju sendiri ?
- ikut mood..

12. dimanakah tempat korang btul2 nak pegi ?
- hmm... byk woo... japan, makkah, paris, london, sydney.. pendek kata sume oversea.. haha

13. pilih satu.. peluk or cium ?
- soklan apekah ini?? klau x peluk camne nk cium?? klau dah peluk mesti kena cium.. haha.. not me..

14. beritahu 3 benda ttg orang bagi tag
- junior aku tahun 2 BITI UTeM
- sgt rajin update blog... walaupun blog dia simple, tp padat isi yg nk disampaikn..
- lebih sweet ble x pakai spec.. **the truth..

15. lima benda yg paling disayangi dalam hidup
- soalan ni mcm soalan first.. malas jawab :P

16. lagu yang korang paling suka n selalu dengar ?
- lagu yg sesuai utk karok.. haha.. kaki karok rupenye.. ;)

17. bila tarikh lahir n kat mana korang sambut ?
- hari ni... ye, betol, hari ni!!! Ya Allah, x caye?? lantak la.. jap lg nk sambut kat pantai...

18. 5 rakan blogger yg korang nak tag
farah diyana dak wobot yg kental ;)

emora yg sgt comel dgn patung monyetnye :)

anna yg sweet lg baik hati ;)

fiqa yg sayangkn kucing :)

- lastly, adik shera yg kusayang :D

have fun!!! ;)




Bookmark and Share

Thursday, November 4, 2010

jangan kecewakannya...


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu. 
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. 
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. 
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. 
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’.
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. 
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. 
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. 
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu. 
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. 
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya. 
  22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. 
  23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


  Bookmark and Share

Sunday, October 3, 2010

spider web a.k.a. sawang labah-labah

spider web is a sticky net that spiders make from silk to trap their prey. When insects fly or crawl into the web, they get stuck and the spider eats them. Most spider webs are very thin, but are also very strong. Different kinds of spiders make different types of webs. Spiders make different webs in different places to trap many kinds of prey


**dicuri daripada encik google**

info tambahan - sawang labah-labah ini boleh dijumpai di tempat-tempat yang sudah lama tidak didiami macam kt BLOG INI...


p/s: aku fobia sangat dengan labah-labah yang bersaiz besar...




   Bookmark and Share

Friday, July 16, 2010

happy.... AKU NK AWARD HAPPY BLOGGER!!

salam sejahtera semua..



ade tak sape2 yg nk bg aku award HAPPY BLOGGER??? sebab skrg ni aku rase happy sgt... 



Sblm tu, aku nk mintak ampun byk2 sebab dah lama blog ni tak di-update... Maaf juga sekiranya kedatangan kamu semua tidak dilayan dgn mesra..., tak dapat membalas kunjungan... Maklumla, skrg ni musim persekolahan semester baru je bermula... So byk perkara harus diselesaikan.. Tambahan lg, semester ni aku terpaksa menyewa di luar oleh kerana tiada kuota asrama untuk student tahun 3.. Ketiadaan streamyx juga agak membataskan aktiviti ber-blogging ni.., buat masa ni, aku on9 pakai berokban yg sgtla pantas....


berbalik kepada persoalan pokok... AKU HAPPY... kenapa??

hehehe...
Sebenarnye takde ape pon... aku happy sebab aku dah masuk tahun 3... tu je.. hahaha....

serious afiff!!!

oke la... the real reason why i am happy is
.
.
.
.
.
.
.
.
aku baru je dapat lesen P untuk motokar... kereta la...
hehehe...



Fuhh... lega giler lpas test JPJ semalam... Time test tu cuak giler.. rase nk tercabut je jantung ni... hahaha... nasib baik pass sekali je.. takde repeat2.. haha... Seksa dowh training... dah la kaki aku tak sampai... 

Pegawai2 JPJ dan calon2 lain semua pandang semacam je kat aku... Tp takpe, pandangan korang langsung tak menjejaskan semangat aku untuk pass..

Yang penting skrg aku dah ade lesen, tinggal nk cari kereta pulak.. Kereta ape pon aku tak kesah, janji kereta tu comel.. ngahaha... Nanti banyak modification yg perlu dibuat pada seat driver kereta tu.. huhu..

Oke la, sampai sini jela aku story pasal lesen kereta ni.. esok2 sambung lg... Nk pergi siap2 dlu untuk solat jumaat... Adios... Wassalam..



camnilah gaya aku bawak kete.. ngahaha




    Bookmark and Share

Friday, July 9, 2010

fakta menarik tentang World Cup (MESTI BACA!!!)

salam sejahtera..

hari ni time aku dok surfing internet, tiba2 terbaca satu fakta yg menarik tentang World Cup. Aku tak sure kalau korang semua dah pernah terbaca atau tidak, yang pasti fakta ni memang menarik. Mula2 aku baca pon macam tak percaya... Ahh.. mungkin hanya kebetulan je kot.. Mungkin kebetulan, yang penting fakta tu betul. Kebetulan?? Ni dah macam cerita SOTONG si PAUL je.. hahaha... Ntahla.. Korang bacalah sendiri dan sila respon di ruangan komen.


fakta :



1. Brazil memenangi World Cup pada tahun 1994. Sebelum itu Brazil juga memenangi
World Cup pada tahun 1970. Jika dijumlahkan 1994 + 1970 = 3964

2. Argentina memenangi World Cup pada tahun 1986. Sebelum itu Argentina juga memenangi World Cup pada tahun 1978. Jika dijumlahkan 1986 + 1978 = 3964

3. Jerman memenangi World Cup pada tahun 1990. Sebelum itu Jerman juga memenangi
World Cup pada tahun 1974. Jika dijumlahkan 1990 + 1974 = 3964

4. Sekali lagi Brazil memenangi World Cup pada tahun 2002. Sebelum itu juga Brazil memenangi World Cup pada tahun 1962. Jika dijumlahkan 2002 + 1962 = 3964

5. Agak2 korang la negara mana yang akan menjuarai World Cup 2010
berdasarkan FORMULA yang wujud entah dari mane ni??


sila kira sendiri... tau math basic kan??

uɐɯɹǝɾ ɥɐlɐpɐ ɐʎuuɐdɐʍɐɾ



p/s : kalau nak semak negara mana yang memenangi WC yang lepas2, bolehlah rujuk di SINI

p/s/s : tak tahulah sama ada ni secara kebetulan atau pon propaganda sesuatu pihak

p/s/s/s : nasib baik FORMULA tu salah untuk WC 2010 ni.. hahaha...





Bookmark and Share

Tuesday, June 29, 2010

kenapa BRAZIL????

selamat pagi semua...

Entry ni ditulis sebelum match Brazil dengan Chile berlangsung. Betapa excitednya aku untuk menulis. Bagi yang mengenali diriku dengan lebih rapat, mesti merasa agak pelik kerana sekarang aku begitu berminat untuk tengok bola. Ye la, mane tak nya, sebelum ni aku langsung tak peduli tentang EPL dan liga2 yang seumpama dengannya. Well, untuk pengetahuan kamu semua, aku memang tak berminat dengan liga2 tu semua (termasuk liga Malaysia), yang aku minat hanyalah WC (world cup), tu je.

ni world cup pertama yang aku tengok

Kenapa hanya WC??
Haaa... soalan yang bijak... WC sahaja sebab aku malas nak ambil tahu tentang dunia bola sepak... hahahaha (gelak sorang2).
Abis tu kalau malas, kenapa time WC boleh je follow??
WC ni lain bro. WC ni 4 tahun sekali. Time musim WC ni, semua orang sana-sini akan bercakap pasal WC, nanti rasa macam kera sumbang pulak kalau tak ambik tahu. Tambahan lagi, team favorite aku pon ada main.
Owh... OK. Ape team favorite ko??
Haa... Kalau nak tau ape team favorite aku, tengok match pagi nanti, pukul 2.30. Team favorite aku memakai jersi kuning, tak pun biru... hehehe..

So, korang mesti tau kan team mana yang aku maksudkan tu?? Ya betol!!! 10 markah untuk kebijaksanaan anda meneka... Team favorite aku adalah BRAZIL a.k.a BRASIL. Tapi dalam banyak2 team, kenapa aku suka Brazil??? Haa... Ade beberapa sebab aku menyokong Brazil.

Sebab yang pertama:

Aku rasa sebab yang ni agak tak masuk akal (bg orang yang tak sama akal dengan aku la). Sebabnya adalah...... Warna PIALA DUNIA tu sama macam warna jersi Brazil (kuning). Hahaha... Annoying kan statement aku nih... hahaha (gelak lagi)... Mosti korang yang anti-Brazil ni annoyed sangat2... Haha.. Aku suka... Well, aku tau warna piala dunia tu warna gold, tapi kalau mode warna RGB, warna gold tu adalah kuning... Lepas tu ada stripe hijau kat piala tu. Jersi Brazil pon ade stripe hijau tau.... So, Ape kaitan warna piala dunia tu dengan jersi Brazil??? Ek eleh, tu pon nak bagitau juga ke??? Lambat pikapla... Kalau dah sama, maksudnya piala tu memang dijodohkan dengan Brazil la.... HahaHAHA... statement ni lagi annoying... HAHAHAHA... Oke, cukup setakat ni aku cerita pasal sebab yang pertama.

sama tak?? hehe


**************

Kita go through ke sebab yang kedua:

Sebab yang kedua ni aku rasa ada beberapa orang yang pernah mengalaminya. Sebab ape tuhh??? Sebabnya... Dulu time kecik2, aku suka main game bola manila-kad, dan team aku time tu adalah Brazil... Bola manila-kad?? Ape tuh?? Makanan ke?? Ala.. korang tak pernah dengar ke pasal game ni??. Sila angguk kalau pernah. Bagi yang pernah, korang mesti tau game ape yang aku maksudkan ni. Bagi yang tak pernah dengar, sila tanya kat pakcik WIKI ek... Eh2, gurau je la, pakcik WIKI pon tak tau la sebab pakcik WIKI tu bodoh a.k.a jahil.. hahaha... (jahatnye aku kutuk pakcik WIKI).

Takpe, aku akan explain. Game tu dipanggil bola manila-kad. Ini kerana untuk mempersiapkan team kita, kita memerlukan sekeping manila-kad. Then, lukis segiempat tepat (anggaran saiz : 3cm x 6cm) dan gunting. Saiz tu untuk satu player, so kenalah lukis dan gunting sebanyak 22 keping. Setelah itu, lukis jersi player2 tersebut. Part ni aku suka sangat, sebab time ni, nak lukis logo team Brazil, sangatlah mudah... semudah makan mee maggi.. hahaha... Lepas lukis tu, boleh la warna atau hias la ikut selera dan citarasa korang. Siaplah satu team bola. Then, nak buat gawang gol pula. Caranya, susah nak explain kat sini. Cuma buat origami daripada kertas, lipat macam nak buat kapal (yang basic tu), lebih kurangla (dah lupa la, lama tak main.. huhu). Nak buat bola pula. Potong pemadam a.k.a rubber (oopss, agak lucah disini), eraser la... Potong dadu.. Then gosok bucu pemadam tu sampai jadi botak licin... (sampai jadi bulat macam bola daa...). Oke, semua dah siap... Jom pergi stadium Bukit Jalil pula untuk beraksi... Erk, Stadium Bukit Jalil?? hahaha.. giler... Camne nak buat Stadium(padang) bola ni?? Cara nak buat padang bola, senang je.. Ni cara aku la, cara orang lain tak tau la. Caranya, ambil (curik) dan gunting tikar rumah anda (bagi yang rumahnya ada tikar getah), gunting ikut saiz yang agak berpatutan. Then, lukis la garisan padang bola kat bahagian belakang tikar tu.. lukis pakai jangka lukis untuk kepersisan yang jitu... hahaha.. Oke semua dah siap, bolehla mula main... Then nak buat piala pula. (Yang ni extra dari aku, rasanya orang lain pon tak tau). Piala tu bolehla dibuat daripada kapur yang digunakan oleh guru2 sekolah (sekarang ni still pakai kapur ke??). Ukirlah kapur tu sehingga menjadi sebuah piala... (Owh, patot la kapur kat sekolah asik berkurang je, rupanya ada orang curik...). hahaha... Lupa nak cakap, player2 tu kena lipat 2, bagi dye boleh berdiri tegak. Then rule time nak main tu, player hanya dibenarkan menggelecek (tolak bola) 2 kali saja, then kena pass bola tu. Lepas pass, player (either player lawan or player kita) yang dekat dengan bola saja bola bawa bola tu. Time nak buat shot, lawan dibenarkan menyusun player mereka untuk memblok bola. So, pandai2la nak sumbat gol tu. Enjoy the game...

Oppss.. Panjang pula aku mengarut pasal game bola manila-kad ni.. Aku sebenarnya nak cerita yang aku selalu BEAT a.k.a KALAHKAN abang2 aku dalam game ni. Aku beat pakai team Brazil aku la... Time ni aku ade squad Brazil yang WC tahun 1998. Teringat time aku main tu, tunggak utama pasukan aku, 3R : Roberto Carlos, Ronaldo, Rivaldo, tiga player ni adalah scorer untuk team aku... hahaha.. Cafu pula penyelamat terbaek.. Taffarel juga jangan dilupakan. Dunga pon power gak, sampai sekarang ni dye dah ambil alih tugas aku selaku coach. WELL DONE DUNGA!!! Bawalah anak2 buahmu untuk merangkul piala dunia 2010 ni.. Aku sentiasa support dari belakang.. hehehe.. (cakap macam Dunga tu kenal aku je... haha). Oke cukup untuk sebab yang kedua.

**************

Sebab yang ketiga pula:

Sebabnya adalah.... Brazil ni bagi aku populariti dye kurang berbanding pasukan seperti Spain, England dan Portugal. Mesti korang faham populariti yang aku maksudkan ni. Populariti dari segi player yang tampan dan kacak sehingga membuatkan ramai wanita yang terpesona melihat (bukan melihat skill) dan juga populariti dari segi berapa ramai star dalam sesebuah team.

**************

Well, aku rasa cukuplah setakat ni aku bagi reason kenapa aku sokong Brazil. Nanti kalau ada masa, aku cerita lagi pasal Brazil... Oke, nak chaw dulu, nak tengok match Brazil-Chile... Harap2 menangla Brazil. Chile jangan dipandang enteng... kepedasannya boleh membuatkan kita meneguk setasik air (ape aku mengarut ni). OK, bye... Wassalam...



P/S : aku suka tengok MTV lagu Brazil (video kat bawah ni) time kecik2... sangat seksi awek2 Brazil pakai bikini.. haha


Sunday, May 30, 2010

Prince of Persia : Dastan vs Nabil Raja Lawak

Erk.. ape kena mengena Nabil ngan Prince of Persia ni?? Mst korg tertanya2 kn?? Haa... kali ni ak nk cite pasal kedua2 benda ni serentak dlm 1 post.. hehehe...

mcm ni cite die...

Ptg td, ak ngan 2 org membe ak, azam n zack g tgk wayang cite Prince of Persia kt Dataran Pahlawan.. Cite tu start dlm kul 5.25 ptg dan abis dlm kul 7.25 mlm... Nk dijadikn cite, time kami kluar dr panggung wayang tu, kami ternmpk org ramai berkumpul kt ruang legar GSC tu... Dlm hati ak, "ish.. ade ape tu?? kecoh betol la....". Then ade sorg brother ni wat announcement, "mintak perhatian ye, skrg ni kami sedang membuat promosi filem Kecoh Betul. Spt yg anda lihat, di sana ada Nabil, so anda bolehla mendapatkn autograf serta mengambil gamba bersama beliau..". Owh.. rupanya mereka tgh wat promosi filem Kecoh Betul... Then, ak pon taknak melepaskn peluang keemasan ni, bukan sng nk jumpa nabil ni.. haha.. So, ak g la beratur utk meminta autograf dan mengambil gamba bersama raja lawak itu...

taknak lepaskn peluang bergambar bersama


autograf nabil


filem Kecoh Betol... nantikan kemunculannya di pawagam berdekatan anda pada 3 jun 2010

Ok... Cukup cite pasal Nabil. Skrg ni ak nk cite skit psal cite Prince of Persia : The Sands of Time. WOWWW!!! BRAVO!! EXCELLENT!! itu je perkataan yg dpt ak gambarkn utk filem tersebut (ini pendapat ak, pendapat setiap org berbeza2). Cite ni byk memaparkn aksi2 memanjat dinding, melompat bangunan dn tidak kurg juga aksi berlawan yg cukup mantap. Senang ckp, jika anda pernah bermain game Prince of Persia (x kesahla pelantar ape skali pon), segala aksi di dlm game tu ade di dlm filem ini... haaa.... Tak percaya?? Klau tak caye g la tgk sndr....


10 star for this film

Klau anda nk tau serba sedikit ataupon sinopsis pasal filem ni, sila klik sini



yang mengarut,

Wednesday, April 14, 2010

SecRet BeHinD fLy's Sh*T

Setiap apa yang terjadi di muka bumi ini pasti ada sebab dan hikmahnya. Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Entry aku pada kali ini adalah berkaitan dengan "tahi lalat". Aku yakin hampir semua orang ada tahi lalat pada tubuh badannya, tak kiralah di mana ia berada. Apa yang aku nak kongsikan pada kali ini adalah berkenaan "rahsia/ramalan tentang tahi lalat". Cuba perhatikan tahi lalat anda di bahagian mana dan cuba check samaada ramalan di bawah tepat ataupun tidak.

  • Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
  • Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
  • Ubun-ubun - kurang jujur
  • Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
  • Di Kening kanan - cergas dan cekap
  • Di kening kiri - cergas dan sopan santun
  • Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
  • Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
  • Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
  • Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
  • Di alis kanan - baik hati, suka menolong
  • Di alis kiri - ramai yang suka
  • Di pipi kanan - ramai teman
  • Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
  • Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
  • Pada hidung - banyak rezeki
  • Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  • Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
  • Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
  • Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
  • Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
  • Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
  • Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
  • Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
  • Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
  • Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
  • Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
  • Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
  • Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
  • Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
  • Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
  • Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
  • Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
  • Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
  • Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
  • Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
  • Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
  • Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
  • Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
  • Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
  • Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
  • Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
  • Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
  • Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
  • Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
  • Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
  • Ketiak kanan - menyimpan rahsia
  • Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
  • Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
  • Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
  • Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
  • Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
  • Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
  • Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
  • Betis kanan - suka berpoya, boros
  • Betis kiri - tidak suka menganggur
  • Tumit kanan - jujur, banyak kawan
  • Tumit kiri - baik budi
  • Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
  • Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
  • Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
  • Lutut kiri - kurang berusaha

  • Ini hanyalah ramalan, jika betul mungkin secara tak sengaja, kalau tak betul jangan marah... :)

    Related Posts with Thumbnails