Mereka Sudah Join, Anda Bila Lagi??

Tuesday, June 29, 2010

kenapa BRAZIL????

selamat pagi semua...

Entry ni ditulis sebelum match Brazil dengan Chile berlangsung. Betapa excitednya aku untuk menulis. Bagi yang mengenali diriku dengan lebih rapat, mesti merasa agak pelik kerana sekarang aku begitu berminat untuk tengok bola. Ye la, mane tak nya, sebelum ni aku langsung tak peduli tentang EPL dan liga2 yang seumpama dengannya. Well, untuk pengetahuan kamu semua, aku memang tak berminat dengan liga2 tu semua (termasuk liga Malaysia), yang aku minat hanyalah WC (world cup), tu je.

ni world cup pertama yang aku tengok

Kenapa hanya WC??
Haaa... soalan yang bijak... WC sahaja sebab aku malas nak ambil tahu tentang dunia bola sepak... hahahaha (gelak sorang2).
Abis tu kalau malas, kenapa time WC boleh je follow??
WC ni lain bro. WC ni 4 tahun sekali. Time musim WC ni, semua orang sana-sini akan bercakap pasal WC, nanti rasa macam kera sumbang pulak kalau tak ambik tahu. Tambahan lagi, team favorite aku pon ada main.
Owh... OK. Ape team favorite ko??
Haa... Kalau nak tau ape team favorite aku, tengok match pagi nanti, pukul 2.30. Team favorite aku memakai jersi kuning, tak pun biru... hehehe..

So, korang mesti tau kan team mana yang aku maksudkan tu?? Ya betol!!! 10 markah untuk kebijaksanaan anda meneka... Team favorite aku adalah BRAZIL a.k.a BRASIL. Tapi dalam banyak2 team, kenapa aku suka Brazil??? Haa... Ade beberapa sebab aku menyokong Brazil.

Sebab yang pertama:

Aku rasa sebab yang ni agak tak masuk akal (bg orang yang tak sama akal dengan aku la). Sebabnya adalah...... Warna PIALA DUNIA tu sama macam warna jersi Brazil (kuning). Hahaha... Annoying kan statement aku nih... hahaha (gelak lagi)... Mosti korang yang anti-Brazil ni annoyed sangat2... Haha.. Aku suka... Well, aku tau warna piala dunia tu warna gold, tapi kalau mode warna RGB, warna gold tu adalah kuning... Lepas tu ada stripe hijau kat piala tu. Jersi Brazil pon ade stripe hijau tau.... So, Ape kaitan warna piala dunia tu dengan jersi Brazil??? Ek eleh, tu pon nak bagitau juga ke??? Lambat pikapla... Kalau dah sama, maksudnya piala tu memang dijodohkan dengan Brazil la.... HahaHAHA... statement ni lagi annoying... HAHAHAHA... Oke, cukup setakat ni aku cerita pasal sebab yang pertama.

sama tak?? hehe


**************

Kita go through ke sebab yang kedua:

Sebab yang kedua ni aku rasa ada beberapa orang yang pernah mengalaminya. Sebab ape tuhh??? Sebabnya... Dulu time kecik2, aku suka main game bola manila-kad, dan team aku time tu adalah Brazil... Bola manila-kad?? Ape tuh?? Makanan ke?? Ala.. korang tak pernah dengar ke pasal game ni??. Sila angguk kalau pernah. Bagi yang pernah, korang mesti tau game ape yang aku maksudkan ni. Bagi yang tak pernah dengar, sila tanya kat pakcik WIKI ek... Eh2, gurau je la, pakcik WIKI pon tak tau la sebab pakcik WIKI tu bodoh a.k.a jahil.. hahaha... (jahatnye aku kutuk pakcik WIKI).

Takpe, aku akan explain. Game tu dipanggil bola manila-kad. Ini kerana untuk mempersiapkan team kita, kita memerlukan sekeping manila-kad. Then, lukis segiempat tepat (anggaran saiz : 3cm x 6cm) dan gunting. Saiz tu untuk satu player, so kenalah lukis dan gunting sebanyak 22 keping. Setelah itu, lukis jersi player2 tersebut. Part ni aku suka sangat, sebab time ni, nak lukis logo team Brazil, sangatlah mudah... semudah makan mee maggi.. hahaha... Lepas lukis tu, boleh la warna atau hias la ikut selera dan citarasa korang. Siaplah satu team bola. Then, nak buat gawang gol pula. Caranya, susah nak explain kat sini. Cuma buat origami daripada kertas, lipat macam nak buat kapal (yang basic tu), lebih kurangla (dah lupa la, lama tak main.. huhu). Nak buat bola pula. Potong pemadam a.k.a rubber (oopss, agak lucah disini), eraser la... Potong dadu.. Then gosok bucu pemadam tu sampai jadi botak licin... (sampai jadi bulat macam bola daa...). Oke, semua dah siap... Jom pergi stadium Bukit Jalil pula untuk beraksi... Erk, Stadium Bukit Jalil?? hahaha.. giler... Camne nak buat Stadium(padang) bola ni?? Cara nak buat padang bola, senang je.. Ni cara aku la, cara orang lain tak tau la. Caranya, ambil (curik) dan gunting tikar rumah anda (bagi yang rumahnya ada tikar getah), gunting ikut saiz yang agak berpatutan. Then, lukis la garisan padang bola kat bahagian belakang tikar tu.. lukis pakai jangka lukis untuk kepersisan yang jitu... hahaha.. Oke semua dah siap, bolehla mula main... Then nak buat piala pula. (Yang ni extra dari aku, rasanya orang lain pon tak tau). Piala tu bolehla dibuat daripada kapur yang digunakan oleh guru2 sekolah (sekarang ni still pakai kapur ke??). Ukirlah kapur tu sehingga menjadi sebuah piala... (Owh, patot la kapur kat sekolah asik berkurang je, rupanya ada orang curik...). hahaha... Lupa nak cakap, player2 tu kena lipat 2, bagi dye boleh berdiri tegak. Then rule time nak main tu, player hanya dibenarkan menggelecek (tolak bola) 2 kali saja, then kena pass bola tu. Lepas pass, player (either player lawan or player kita) yang dekat dengan bola saja bola bawa bola tu. Time nak buat shot, lawan dibenarkan menyusun player mereka untuk memblok bola. So, pandai2la nak sumbat gol tu. Enjoy the game...

Oppss.. Panjang pula aku mengarut pasal game bola manila-kad ni.. Aku sebenarnya nak cerita yang aku selalu BEAT a.k.a KALAHKAN abang2 aku dalam game ni. Aku beat pakai team Brazil aku la... Time ni aku ade squad Brazil yang WC tahun 1998. Teringat time aku main tu, tunggak utama pasukan aku, 3R : Roberto Carlos, Ronaldo, Rivaldo, tiga player ni adalah scorer untuk team aku... hahaha.. Cafu pula penyelamat terbaek.. Taffarel juga jangan dilupakan. Dunga pon power gak, sampai sekarang ni dye dah ambil alih tugas aku selaku coach. WELL DONE DUNGA!!! Bawalah anak2 buahmu untuk merangkul piala dunia 2010 ni.. Aku sentiasa support dari belakang.. hehehe.. (cakap macam Dunga tu kenal aku je... haha). Oke cukup untuk sebab yang kedua.

**************

Sebab yang ketiga pula:

Sebabnya adalah.... Brazil ni bagi aku populariti dye kurang berbanding pasukan seperti Spain, England dan Portugal. Mesti korang faham populariti yang aku maksudkan ni. Populariti dari segi player yang tampan dan kacak sehingga membuatkan ramai wanita yang terpesona melihat (bukan melihat skill) dan juga populariti dari segi berapa ramai star dalam sesebuah team.

**************

Well, aku rasa cukuplah setakat ni aku bagi reason kenapa aku sokong Brazil. Nanti kalau ada masa, aku cerita lagi pasal Brazil... Oke, nak chaw dulu, nak tengok match Brazil-Chile... Harap2 menangla Brazil. Chile jangan dipandang enteng... kepedasannya boleh membuatkan kita meneguk setasik air (ape aku mengarut ni). OK, bye... Wassalam...



P/S : aku suka tengok MTV lagu Brazil (video kat bawah ni) time kecik2... sangat seksi awek2 Brazil pakai bikini.. haha


5 Kata-kata Perangsang:

faizalnizam said...

hahahaha.. masuk akal gak tu.. kaler piala = kaler jersi..

Rara said...

sebab tuh la brazil menang 5 kali.haha ! ^_^ terbaik ah!

Aidan Nadia said...

haih seksi nye video..!
malu!
haih

RastaMat said...

Dol, pasni lawan ngan Belanda..
Aku rase kompom brasil ko kalah..
Hidup Oranje!!!
hahaha...

afiff edogawa said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails