Ape nak jadi dah dengan dunia sekarang ni.... **sigh =_="
Pagi tadi, masa aku tengah training kereta, instructor aku (aku panggil Abg Zubir je) belanja minum kat kedai makan kat sebelah MSDC. Masa tengah syok2 makan nasi lemak sambil tengok siaran bola kat astro kedai tu, datang lagi dua orang berpangkat pakcik (instructor memandu juga kot) ke meja kami.
Pak cik yang berkacamata tebal tu tanya aku, "dik, belajar memandu ke?" Aku hanya menganggukkan kepala (aku ni jadi pemalu/pendiam kalau jumpa orang yang baru kenal). "Sekolah lagi ke?" "Saya masih belajar lagi di UTeM". "Ambik kos apa?" "Sains Komputer". "Tengok, anak murid Sains Komputer, cikgu apa pon takda", usik pak cik tu.
Then, Abg Zubir ni pergi ke 7Eleven untuk membeli surat khabar. Dari jauh nampak dia memegang surat khabar berbahasa inggeris (tak pasti aku surat khabar apa). Wah, dalam hati aku "hebat gak bro ni, baca surat khabar bahasa omputeh... bagus2, macam ni lah yang kita nak kan, mengamalkan budaya membaca tak kira dimana jua berada, tambahan lagi bahasa inggeris". Then, setibanya dia di tempat duduknya, dia membuka halaman kedua belakang surat khabar tu. "Amboi, layan sport gak brader ni", dalam hati aku. Lepas tu, tau tak ruangan apa yang bro ni usha?? Ruangan NOMBOR EKOR!!!
sumber dari google
Astaghfirullahalazim... ish2.. sedih aku tengok masyarakat sekarang. Aku hanya mendiamkan diri saja lepas tu, nak ditegur kang tak elok, orang tu lagi tua. Aku sedar betapa lemahnya iman aku, sehingga aku hanya mampu menegur dalam hati saja.
Apa nak jadi dengan masyarakat sekarang ni?? Tahu tak yang nombor ekor tu JUDI, dan judi tu adalah HARAM di sisi Islam. Nak kata bukan Islam, dalam IC tulis Islam. Tak kan Islam hanya pada IC saja?? Aku bukan nak memburukkan mana2 pihak, tetapi itulah realiti hidup sekarang. Tak percaya, pergilah perhatikan kedai2 yang menjual nombor ekor ni. Mesti ada pak cik2 yang dari luarannya saja menampakkan Islam.
Perkara ni sangatlah memberi kesan kepada anak2 cucu kita nanti. Jika rezeki yang kita berikan kepada anak2 kita tu dari sumber yang tak halal, maka darah daging mereka akan menjadi haram. Lepas tu, lahirlah generasi yang tak produktif. Then akan memberi impak kepada masyarakat dan negara. Di sini juga tiada redha Allah. Kalau benda ni berterusan, macam mana negara kita nak maju???
So dalam hal ni, siapa yang harus dipersalahkan?? Masing2 mendabik dada seolah2 tidak bersalah. Bagi aku, semua pihak harus bertanggungjawab. Pihak kerajaan, kerana membenarkan lesen nombor ekor?? Jana ekonomi negara konon. Mula2 lesen nombor ekor, yang terkini lesen taruhan bola sepak, akan datang apa pula?? Ibu bapa juga bersalah dalam hal ini kerana kurang memberi penekanan ilmu agama kepada anak2 dan juga sekadar melepaskan batuk di tangga dalam membesarkan anak2. Masyarakat pon ada saham juga, kerana bersikap tak ambil peduli terhadap perkara yang berlaku disekeliling.
Aku bukan ustaz untuk memberi syarahan agama, aku hanyalah manusia biasa seperti kalian semua yang inginkan kedamaian terus wujud di muka bumi ini. OK la setakat ni je, aku malas nak membebel lagi.
Akhir kata daripada aku, marilah sama2 kita membendung gejala sosial yang tak bermoral ni dari terus merebak ke generasi muda.
p/s : lenguh kaki belajar memandu. huhu
1 Kata-kata Perangsang:
zaman sekarang...
Post a Comment