Mereka Sudah Join, Anda Bila Lagi??

Sunday, February 13, 2011

Gathering Bloggers Melaka

Selamat pagi semua.. jam menunjukkan pukul 2.19 a.m. tp mata ni masih x mengantuk lg.. Klau diikutkn, mmg penat satu badan.. Ye la, penat weh.. Hari ni ade event yg aku sendiri x sangka aku akan join.. haha.. Ape event tu?? 
haa, tu nmpk tu tajuk entri kali ni?? 


Aku dpt tau event ni drpd blog salah sorg organizer iaitu encik HEIDI..


Event ni start pukul 12.30, bertempat di MIBC Melaka... Aku datang ditemani gadis2 ayu dari UTeM (cik diyana, zatul, cik dil).. Kami datang agak lewat, nasib tak terlepas aktiviti "memecah ais" tu..


Selesai berkenalan, kami pon memulakan game bowling.. Setiap lane ade 
tiga orang player, banyak jugak la lane yg kami tempah.. Sgt enjoy game tu, even aku masih noob dalam permainan bowling ni.. Xpe, next time praktis lg..

dari kiri : syamin, farah, cik dil, zatul

ni team aku, power mereka berdua ni

dari kiri : aku, heidi, syamin, zatul, cik dil, intan, farah

 dari kiri : aku, farah, syamin, alin kiwi, zatul, cik dil, aim

 After bowl, we go to late lunch.. Actually "brunch" for me.. hoho, so hungry.. 
patut la x boleh strike mase game (haha.. alasan).. We go to mapley berdekatan (Subaidah) dgn berjalan kaki, save petrol, kn harga petrol dah naek T_T.. Time lunch ni la kami merapatkan lg talian persaudaraan kami.. 
Sambil makan, sambil tu borak-borak.. 

berjalan kaki ke Subaidah beramai-ramai

mereka cakap muka kami mcm adik beradik.. 
YE KE?? hrmm..

Oh ye, terlupa nk mention ttg lucky draw.. Pada awalnya kami diberi 
satu nombor lucky draw setiap sorg.. After lunch, masa utk lucky draw.. Alhamdulillah, no. bertuah aku naik mase tu.. no. 43.. 
Yeah!! saye menang moto.. haha.. banyakla moto.. 
Dapat cup chumell bercorak lembu.. Thanks kpd penaja :) ..

my lucky number


Next, tibalah masa yg dinanti2kn oleh kaki2 posing.. Sesi bergambar.. Nasibla aku bukan kaki posing.. Kami pon snap la gamba sebanyak yg mungkin.. Ye la, utk kenangan kn.. Bukan senang nk gather ramai2 mcm ni.. Puas bergambar, kami pon bersurai..

luv u all..!!

Overall, aku rasa sgt best sbb dpt berkumpul beramai2, dapat berkenalan dgn blogger2 yg hebat2.. Bukan senang nk kumpul mcm ni.. Next gathering aku nk join lagi.. Nak komen byk pon x boleh, sbb ni lah first gathering yg pernah aku join..
Thanks kepada semua... korang mmg sporting abis..
Orait, see u guys and gurls next time.. B-)


p/s : sorry la sepanjang event tu aku senyap je, aku mmg jenis yg pendiam bila dgn org yg baru kenal :D

p/s/s : emm, buat masa skrg ni aku jrg sgt nk berblogging, so kalau nk keep in touch, add la my Facebook.. Kalau FB, mmg hari2 aku on.. hehe.. :D


* * * * * * * * * * * * * *


Hari ku x tamat di sini.. Tiba2 si zatul ni mention pulak pasal karok.. Pantang kau sebut perkataan tu, laju je aku menjawab.. Ape lg, slps bersurai, ambil kereta kat MIBC, terus start enjin dan bertolak ke Giant Batu Berendam utk melepaskn gian.. Haha..

model : Rastamat


Setelah selesai berkaraoke, kami pun pulang...


Bookmark and Share

Thursday, January 6, 2011

doakan yg terbaik buat SALMAN

Salam sejahtera semua,

Pagi semalam (5/1/2011) aku dan classmate yg lain dikejutkan dengan berita yg agak mendukacitakan. Berita yg ku maksudkan adalah, classmate kami (Salman) terlantar di wad Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Kenapa dia dimasukkan ke wad? Kita lihat berita sepenuhnya di akhbar Harian Metro 5 Jan 2011 (ms5).


LEDANG: Perkelahan 14 pelajar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) di kawasan peranginan Gunung Ledang berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka dihempap sebatang pokok.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Salman Al Farisi Ahmad Sabri serta rakannya, Muhammad Hafizudin Abdullah, masing-masing berusia 21 tahun, ditimpa pokok ketika berkelah di Kolam Puteri, Gunung Ledang. 

Menceritakan semula tragedi itu, Hafizudin berkata, kejadian berlaku sekelip mata ketika dia dan rakan berehat selepas penat mandi-manda. 
“Angin kencang tiba-tiba bertiup di kawasan kami berkelah dan dikejutkan dengan bunyi kayu patah, namun tiada apa-apa yang berlaku.


“Beberapa saat kemudian barulah saya sedar sebatang pokok tua tumbang ke arah saya dan Salman, tetapi kami tidak sempat mengelak,” katanya ketika di temui di Hospital Tangkak, petang semalam.


Menurutnya, separuh anggota badannya dihempap pokok menyebabkan dia terkedu dan terpinga-pinga selepas kejadian itu sebelum diselamatkan rakannya. 
Hafizudin berkata, Salman yang turut dihempap pokok berkenaan mampu berdiri serta berjalan sebelum rebah secara tiba-tiba. 
“Panik dengan keadaan Salman itu rakan yang lain meminta bantuan orang ramai di sekitar Gunung Ledang berikutan darahnya tidak berhenti mengalir dari lukanya,” katanya lagi. 
Dua pelajar terbabit dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Tangkak, sebelum Salman yang berasal dari Felda Hutan Perca, Alor Gajah, Melaka dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. 
Sementara itu, jurucakap hospital ketika ditemui berkata, Hafizudin yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dirawat sebagai pesakit luar memandangkan kecederaan ringan dialaminya. 
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata pasukan Bomba dan Penyelamat Tangkak dengan bantuan renjer Gunung Ledang Resort (GLR) bergegas ke tempat kejadian membantu membawa mangsa turun sebelum dihantar mendapat rawatan kecemasan di Hospital Tangkak.



Selepas mendengar berita yg agak mengejutkan, kami bersepakat untuk pergi menziarahi Salman petang td. Kami gerak satu kelas, seramai 12 orang yg ikut, 3 buah kereta. Perjalanan drpd Melaka dimulakan pd jam 2.35 ptg dan sampai di HPSF pd jam 4.15 ptg. Perjalanan agak mengambil masa kerana salah sebuah kereta yg ikut mengalami sedikit masalah teknikal. Setelah sampai, kami menunggu hingga waktu melawat tiba iaitu 4.30 ptg dan setelah waktu melawat tiba, kami pun bergerak menuju ke katil Salman (3F) di wad 4. 


Keadaan Salman boleh dikatakan stabil ketika kami sampai. Nurse yg bertugas mengarahkan kami supaya melawat bergilir-gilir. Dada kanannya ditebuk dan dipasang tiub bagi mengeluarkan darah kotor yg ada di dalam paru2nya. Bekas yg menakung darahnya itu hampir penuh. Ade yg tak sampai hati melihat keadaannya, lalu keluar drpd wad. Ketika itu Salman dalam keadaan sedar, masih boleh bercakap malah sempat buat lawak. Sikapnya mmg begitu, suka memecah kesunyian dengan lawaknya yg best.. Haha.. 


5.05 ptg, geng BITD pula dtg melawat. Agak ramai rombongan mereka. Turut menyertai, seorg lg mangsa kejadian (Hafizudin @ Antz). Antz mengalami kecederaan di bahagian luar kanan kerana dihempap pokok di bahagian sebelah kanan sahaja. Keadaannya stabil dan tidak perlu dimasukkan ke dalam wad.


Ape pon, kami doakan agar Salman cepat sembuh seperti sediakala. Ketiadaannya di dalam kelas boleh mendatangkan kesunyian yg amat sangat. Dr. Azah (lecturer kami) pon sempat bertanya khabar tentang Salman kelmarin (hari kejadian). Buat Salman, tabahlah menghadapi ujian daripadaNya serta redha. Kami pun agak pelik dengan situasi ketika kejadian tersebut berlaku. Dah benda nk jadi kn? Malang tak pakai perfume.


p/s : buat classmate yg tidak diajak untuk melawat Salman ptg td, maaf sgt2. Kami pergi tanpa dirancang


Video di bawah sempat dirakamkn di HPSF, walaupun ade amaran tidak dibenarkan mengambil gambar. hehe



 classmate mu,


Bookmark and Share

Wednesday, January 5, 2011

peraduan teka gambar [shahazrin.com]

salam sejahtera semua..



Ni first time aku join peraduan teka gambar. Masa BW td ternampak pulak entri pasal peraduan teka gambar ni kat blog SHAHAZRIN.COM. Ape lg, tengok macam senang je.., nak cuba nasib mane tau kot2 ade rezeki boleh menang hadiah topup RM20.. Mari terjah blog beliau.. KLIK SINI..

gambar yg ingin diteka adalah :

**gambar saiz asal kat entri tersebut

apabila dikecilkan :

**jadilah mcm ni..



syarat2 yg dikenakan adalah :

1-Mesti follow blog beliau : checked

2-Buat satu entri Tajuk " Peraduan Teka Gambar" dengan header diatas : checked

3-Bagi tahu aku "jawapan" gambar tu gambar apa dangambarkan.. jawapan mestilah tepat dengan nama@ IDENTITI gambar sebenar : 

        oke, jawapan aku adalah gambar JATA NEGARA MALAYSIA

**gambar Jata Negara Malaysia


4-Jawapan linkan ke entri peraduan tersebut : checked


Macam senang je kn? ade harapan ke nk menang?? haha.. ntahla.. tak mengharap.. oke, chow dulu, mata dah ngantuk ni... Sekian, wassalam..


Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails