Pada tanggal 23/10/2010, seluruh warga batch BITI (Bachelor of CS majoring in Artificial Intelligence) UTeM telah mengadakan sebuah REUNION. Reunion ini adalah reunion yg julung kali diadakan sejak penubuhan kos BITI kat UTeM ni. Setakat ni baru ada 4 batch, 1st batch masih belum lg graduate, sedang menjalani LI. BITI adalah kos yg paling muda di FTMK (Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi).
Alhamdulillah, sambutan yg diberikan agak memuaskan. Setiap batch dari 1st hingga 4th batch menghantar wakil masing2. W/pun hanya seorang wakil dari 4th batch, namun ia sudah memadai. Tahniah kepada Zulhilmi Hermain kerana dapat menjadi wakil batch anda. Batch yg paling ramai?? Hmm, batch aku kot (2nd batch).. hehe.. Kami paham, ramai adik2 junior tak dapat datang disebabkan masalah transport. Jika Reunion ini dirancang awal2, mungkin masalah ini dapat diatasi. Tahniah juga aku ucapkan pada kakak2/abang2 senior yg sanggup datang w/pun sedang sibuk dengan LI masing2. Ada yg sanggup turun dari KL (*eh, ade ke?) semata2 ingin bertemu dengan adik2 junior. Tak lupa juga kepada yg lain, terima kasih kerana datang, terima kasih kerana menjayakan REUNION BITI. Arigatou gozaimasu!!! ^_^ . Pd yg tak dapat datang tu tak mengapa, mungkin ada hal yg tak dapat dielakkan, kami paham. Tp, seriously korg memang rugi.. hehe..
Seperti biasa, menghadiri acara yg grand2 ni mestilah dressing sikit (*sikit ke?? haha). Lagi2 nk jumpa dengan adik2 junior yg comel2 dn cun2 kn (*statement gatal.. haha..). Lepas siap dressing bagai, aku dan rumetku serta 3 org jejaka macho lain bertolak ke D'Village Resort. Setibanya kami as the VVIP, kami disambut dengan penuh hormat (*ececeh..) dan diberikan lencana batch. Kami duduk di tempat yg disediakan, sementara tunggu VIP2 lain tiba, acara "menjual minyak" pon bermula secara tak langsung. Kemudian, program dimulakan pd jam 9.10 malam setelah para jemputan VVIP tiba dan duduk di tempat masing2. Program dimulakan dengan bacaan doa makan oleh saudara Zaxx. Selepas itu, acara makan/melantak pun bermula. Beraneka lauk pauk yg sungguh meliurkan anak tekak disediakan oleh pihak D'Village Resort. Maklumlah, dinner pd malam itu bernilai Ringgit Malaysia 30 untuk satu mulut. Fuhh, mahal tu!! Tapi takpe, kami semua sanggup makan megi satu minggu demi Dinner pd malam ini. Antara menu yg disediakan pihak resort adalah; ayam goreng berempah, sambal udang, fillet ikan masak ape ntah dan mcm2 lg (*tak ingat nama, ingat makan je).
"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, "burrppp" alhamdulillah"
Selepas acara melantak, game 'kotak beracun' bermula. Dalam game ini, setiap pasangan meja hendaklah mencabut "kertas tak bertuah" drpd kotak, then melakukan task yg tertulis kat kertas tu. Macam2 task ada, ada yg kena nyanyi lagu dangdut sambil goyang inul, ada yg kena demo jual tilam vono, ada yg kena berlakon jadi orang gilak dan macam2 lagi. Semuanya lawak2 belaka. Nasibku sangat tak bertuah kerana tak terpilih. Tengah syok2 main game, tiba2 pihak pengurusan cafe resort ingin menghalau kami. Sedih je rasa, nak main lg. Game terpaksa diberhentikan, program diteruskan dengan acara "posing-memosing" di lobi. Huh, time ni la masing2 menunjuk segala bakat posing yg ade. Posing gaya tu la, posing gaya ni la. Nasib baik aku tak reti posing, haha. Dan time ni lah nk menyerlahkan kecomelan / keayuan / kecantikan / kejelitaan / kehenseman / kemachoan / kemaluan masing2. Snap sana, snap sini. Candid sana, candid sini. Skandal sana, skandal sini. Curang sana, curang sini. Acara berposing berlanjutan hingga ke tengah malam. Ada yg tak puas2 lagi posing. Haih, muka dia je, takde muka orang lain ke?? (*nada tak puas hati) =_=" . Yela, peluang macam ni datang hanya sekali setahun, so gunakan sebaik mungkin untuk bergambar dgn adik2 junior / akak abang senior. Setelah puas berposing (*sebenarnya tak puas lagi), kami pun bersurai.
Kenangan pd malam itu sangat bermakna buat mereka yg datang. Terima kasih sekali kepada semua yg terlibat manjayakan Majlis yg gilang-gemilang itu. Terima kasih juga kepada AJK yg telah bertungkus-lumus set up majlis tersebut. Next year kita buat lg ye :)
apa-apa pun aku nk cakap yg "you guys memang sporting abis!!, BITI rocks!! woohoo!!"
-sekian-
ni je lah gambar2 yg sempat aku upload, layan...
posing beramai-ramai
first batch
second batch
third batch
aku bersama wakil 4th batch, Zul
nama kat kerusi
artis2 yg dijemput khas, yg baju putih tu Frank Iero MCR
badge (nice, thx eh)
aku bersama cik khadija
orang gilak BITI
akmal tengah jual minyak
Bilal menunjukkan kemaluannya sifat malu
bacaan doa (orang baca doa ko sibuk wat peace eh ana)
jemput makan
Omar yg sedang merajuk, dipujuk oleh Rima
meja makan ku
iklan tilam vono
yg ni pon artis jugak
yg ni hanya insan biasa
1 Kata-kata Perangsang:
ske entry ni sbb blh tgk gmbr dia yg ku puja.. hehe.. =)
Post a Comment