Mereka Sudah Join, Anda Bila Lagi??

Thursday, January 6, 2011

doakan yg terbaik buat SALMAN

Salam sejahtera semua,

Pagi semalam (5/1/2011) aku dan classmate yg lain dikejutkan dengan berita yg agak mendukacitakan. Berita yg ku maksudkan adalah, classmate kami (Salman) terlantar di wad Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Kenapa dia dimasukkan ke wad? Kita lihat berita sepenuhnya di akhbar Harian Metro 5 Jan 2011 (ms5).


LEDANG: Perkelahan 14 pelajar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) di kawasan peranginan Gunung Ledang berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka dihempap sebatang pokok.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Salman Al Farisi Ahmad Sabri serta rakannya, Muhammad Hafizudin Abdullah, masing-masing berusia 21 tahun, ditimpa pokok ketika berkelah di Kolam Puteri, Gunung Ledang. 

Menceritakan semula tragedi itu, Hafizudin berkata, kejadian berlaku sekelip mata ketika dia dan rakan berehat selepas penat mandi-manda. 
“Angin kencang tiba-tiba bertiup di kawasan kami berkelah dan dikejutkan dengan bunyi kayu patah, namun tiada apa-apa yang berlaku.


“Beberapa saat kemudian barulah saya sedar sebatang pokok tua tumbang ke arah saya dan Salman, tetapi kami tidak sempat mengelak,” katanya ketika di temui di Hospital Tangkak, petang semalam.


Menurutnya, separuh anggota badannya dihempap pokok menyebabkan dia terkedu dan terpinga-pinga selepas kejadian itu sebelum diselamatkan rakannya. 
Hafizudin berkata, Salman yang turut dihempap pokok berkenaan mampu berdiri serta berjalan sebelum rebah secara tiba-tiba. 
“Panik dengan keadaan Salman itu rakan yang lain meminta bantuan orang ramai di sekitar Gunung Ledang berikutan darahnya tidak berhenti mengalir dari lukanya,” katanya lagi. 
Dua pelajar terbabit dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Tangkak, sebelum Salman yang berasal dari Felda Hutan Perca, Alor Gajah, Melaka dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. 
Sementara itu, jurucakap hospital ketika ditemui berkata, Hafizudin yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dirawat sebagai pesakit luar memandangkan kecederaan ringan dialaminya. 
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata pasukan Bomba dan Penyelamat Tangkak dengan bantuan renjer Gunung Ledang Resort (GLR) bergegas ke tempat kejadian membantu membawa mangsa turun sebelum dihantar mendapat rawatan kecemasan di Hospital Tangkak.



Selepas mendengar berita yg agak mengejutkan, kami bersepakat untuk pergi menziarahi Salman petang td. Kami gerak satu kelas, seramai 12 orang yg ikut, 3 buah kereta. Perjalanan drpd Melaka dimulakan pd jam 2.35 ptg dan sampai di HPSF pd jam 4.15 ptg. Perjalanan agak mengambil masa kerana salah sebuah kereta yg ikut mengalami sedikit masalah teknikal. Setelah sampai, kami menunggu hingga waktu melawat tiba iaitu 4.30 ptg dan setelah waktu melawat tiba, kami pun bergerak menuju ke katil Salman (3F) di wad 4. 


Keadaan Salman boleh dikatakan stabil ketika kami sampai. Nurse yg bertugas mengarahkan kami supaya melawat bergilir-gilir. Dada kanannya ditebuk dan dipasang tiub bagi mengeluarkan darah kotor yg ada di dalam paru2nya. Bekas yg menakung darahnya itu hampir penuh. Ade yg tak sampai hati melihat keadaannya, lalu keluar drpd wad. Ketika itu Salman dalam keadaan sedar, masih boleh bercakap malah sempat buat lawak. Sikapnya mmg begitu, suka memecah kesunyian dengan lawaknya yg best.. Haha.. 


5.05 ptg, geng BITD pula dtg melawat. Agak ramai rombongan mereka. Turut menyertai, seorg lg mangsa kejadian (Hafizudin @ Antz). Antz mengalami kecederaan di bahagian luar kanan kerana dihempap pokok di bahagian sebelah kanan sahaja. Keadaannya stabil dan tidak perlu dimasukkan ke dalam wad.


Ape pon, kami doakan agar Salman cepat sembuh seperti sediakala. Ketiadaannya di dalam kelas boleh mendatangkan kesunyian yg amat sangat. Dr. Azah (lecturer kami) pon sempat bertanya khabar tentang Salman kelmarin (hari kejadian). Buat Salman, tabahlah menghadapi ujian daripadaNya serta redha. Kami pun agak pelik dengan situasi ketika kejadian tersebut berlaku. Dah benda nk jadi kn? Malang tak pakai perfume.


p/s : buat classmate yg tidak diajak untuk melawat Salman ptg td, maaf sgt2. Kami pergi tanpa dirancang


Video di bawah sempat dirakamkn di HPSF, walaupun ade amaran tidak dibenarkan mengambil gambar. hehe



 classmate mu,


Bookmark and Share

5 Kata-kata Perangsang:

fajar jalal said...

hope he'll be fine. kesiannya. agak2 berapa lama dia kena stay hospital? dia ada patah tulang x?

e ja r t punye e j a r t suke said...

wuwu! ak yg takrapat ngn die pum, terase sgt2. sob3x. .moge cepat semboh yea salman. ;)

afiff edogawa said...

@fajar : ntah, xtau lg.. dia masih pakai alat bantuan pernafasan... klau x silap tulang rusuk dia ade yg patah..

@izzati : amin.. :)

Unknown said...

aku doakan supaya beliau cpt sembuh.. :)

shazailaana said...

krg dia da ok ker?=(

Related Posts with Thumbnails