Mereka Sudah Join, Anda Bila Lagi??

Monday, July 26, 2010

peribahasa yang entah ape2...


‎1) Peribahasa:- Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga.



2) Peribahasa:- Patah tumbuh hilang report polis.



3) Peribahasa:- Sehari selembar benang, lama-lama benang habis juga.



4) Peribahasa:- Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

5) Peribahasa:- bersatu kita teguh, bercerai rumah roboh.

6) Peribahasa:- jauh di mata dekat di mata-mata.

7) Peribahasa:- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana makan ngan tidor..

8) Peribahasa:- Berat sama dipikul, ringan lu pikul la sorang2.

9) Peribahasa:- Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, hujan air di negeri sembilan.

10) Peribahasa:- kalau takut dilambung ombak, jangan menonton filem ongbak.

11) Peribahasa:- masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau, mau mati ka?.

12) Peribahasa:- biar mati anak, jangan mati pucuk.

13) Peribahasa:- Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

14) Peribahasa:- kerana mulut, badan membesar.

15) Peribahasa:- Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

16) Peribahasa:- Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

17) Peribahasa:- Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

18) Peribahasa:- Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

19) Peribahasa:- Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

20) Peribahasa:- Biar putih tulang jangan kuning otak.

21) Peribahasa:- Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

22) Peribahasa:- Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

23) Peribahasa:- Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

24) Peribahasa:- Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

25) Peribahasa:- Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

26) Peribahasa:- Ader udang di sebalik gudang.

27) Peribahasa:- Hidung tak mancung, dagu pulak yang mancung.

28) Peribahasa:- Sambil menyelam tengok kapal selam.

29) Peribahasa:- menunggang kuda lebih baik dari ditunggang macam kuda, tapi kalau hidup tunggang langgang lebih baik hidup jadi kuda

30) Peribahasa:- Hendak seribu daya, tak hendak pun tak apa.

31) Peribahasa:- Lembu punya susu, susu cap teko dapat nama.

32) Peribahasa:- Hidup segan mati gameover.







  Bookmark and Share

4 Kata-kata Perangsang:

Cik Buya said...

afiff macamana nak letak button share kat setiap entry tu?

KakAsma said...

salam afiff,
akak jawab laa yea pasal jemput jemput bilis tu,ada dua versi yer..
1)kalau nak guna nasi masukkan 2-3 sudu besar nasi,ikan bilis dan bawang merah(ni agak2 yea ikut banyak tepung)dalam blender buh sedikit air.selalu akak guna air hangat.dah siap blend baru campurkan kedalam tepung,gaul sebati masukkan daun kucai,tauge dan garam.dah sebati baru digoreng

2) bawang merah(hiris halus),ikan bilis,daun kucai,tauge dicampurkan dalam tepung,tambahkan sesudu dua mayonis,tambahkan air garam...dan secukup rasa(jenama nestle).adun sebati.baru digoreng.
Haa..tu dua cara buat jemput2 bilis,lembut aje nnti..gunakan air hangat yer...gud luck:-)

apislerr said...

wahhh peribahasa

Veronique C. Horace said...

seriously best... hahaha.. lambat pulak ak nk g baca ko nye entry ni.. nice nice..
=P

Related Posts with Thumbnails