Mereka Sudah Join, Anda Bila Lagi??

Sunday, July 4, 2010

BRAZIL kalah SEBAB....

kecewa dengan FRANCE, kecewa dengan ITALY, kecewa dengan ENGLAND, kecewa dengan PORTUGAL, kecewa JUGA dengan ARGENTINA........

itu BUKAN AKU
.
.
.
tetapi,
.
.
kecewa dengan BRAZIL,
.
.
itulah AKU...


itulah sedikit sebanyak luahan hati salah seorang PEMINAT SETIA Brazil....

*mood emo berhenti di sini!!



Oke, salam sejahtera aku ucapkan kpd semua.

Entry kali ni aku nak ajak kamu semua berbincang/berdiskussi tentang SEBAB2 KEKALAHAN BRAZIL dalam perlawanan suku akhir menentang Netherlands aka Belanda malam semalam. Aku pasti ramai yang terkejut dengan kekalahan Brazil semalam. Aku turut menyaksikan perlawanan tersebut di kedai makan kat TAMAN SRI BAYAN bersama rakan2. Nasib baik aku tak bertaruh dengan MAT, kalau tak, balik rumah jalan kaki la nampaknya.

Setelah aku kaji selidik, tanya pendapat orang sini sana, maka aku dapat simpulkan bahawa kekalahan Brazil semalam adalah disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu :

PERTAMA
Pemain2 serta coach Brazil merasa TERLALU YAKIN dengan kemenangan ke atas Belanda (Pandangan ramai terutama yang anti-Brazil). So bila dah overconfident, pihak lawan dengan mudah mengambil kesempatan. Bila diperhatikan dalam separuh masa pertama, Brazil tidak menggunakan kelebihan 1 mata di hadapan sebaik-baiknya untuk meninggalkan lawan.

KEDUA
Peminat2 Brazil (termasuk aku) juga merasa TERLALU YAKIN dengan kebolehan Brazil. Bila dah ramai yang percaya dan mengharapkan kemenangan Brazil, maka di situ terjadinya satu PRESSURE. Pressure ni orang kata tak elok, ia akan membuatkan seseorang itu bertindak di luar kawalan.

KETIGA
Kemenangan Belanda hanyalah TUAH ayam belanda yang berwarna OREN (Pandangan sesetengah orang). Sebab yang ni aku sokong. Bila kita perhatikan balik gol pertama Belanda, hasil kesilapan Midfielder Brazil, Felipe Melo menanduk bola ke gawang sendiri dan dalam masa yang sama menghalang Penjaga Gol Brazil, Julio Cesar untuk menangkap bola. Kesilapan seperti ini amat jarang dilakukan oleh player Brazil. Kita lihat pula gol yang kedua, hasil jaringan Midfielder Belanda, Wesley Sneijder yang menanduk masuk bola daripada Corner Kick. Situasi gol yang sebegini juga agak jarang berlaku. So, it was Belanda's LUCK.

KEEMPAT
Pemain2 Brazil merasa begitu DOWN setelah gol pertama Belanda yang merupakan SILLY MISTAKE. Perasaan DOWN semakin bertambah apabila terpaksa bermain dengan 10 orang sahaja setelah Felipe Melo diarah keluar padang kerana mengasari pemain Belanda.

KELIMA
Corak permainan Samba yang ditunjukkan oleh Brazil berubah pada separuh masa kedua. Brazil dilihat bermain dengan agak laju. Ada orang cakap, gaya samba tak boleh dimainkan dengan laju, mesti main dengan relax and cool, barulah mantap.

KEENAM
Semangat pemain2 Belanda bangkit apabila mendapat gol yang pertama menyebabkan mereka bermain dengan lebih baik.

KETUJUH
Bola itu BULAT (Yang ni aku TAK sokong). Inilah alasan yang selalu diberikan bila sesuatu team kalah. Memang betol bola itu bulat, so ape kene mengenenye?? Nak cakap yang ape pon boleh terjadi?? Habis tu, kalau aku cakap padang itu rata, ape pon boleh terjadi juga, boleh tak?? Tak masuk akal betol sape yang bagi alasan ni.

KELAPAN
Kalau Belanda menang kerana TUAH warna OREN, maka di sini aku ingin nyatakan yang Brazil KALAH kerana tiada TUAH jersi warna KUNING!!!! Sebab ke-8 ni aku yang bagi. Aku rasa ada betolnya, sebab benda tu pernah berlaku kat aku. Cuba korang bayangkan, korang dah biasa pakai pen A semasa peperiksaan, tetibe waktu peperiksaan kali ni pakai pen lain pula. Kan janggal namanya tu. Bagi aku janggal la, tak taula korang ade perasaan janggal ke tak?? (manusia ke bukan ni?). Bila dah janggal, mulalah tak betol, otak pon senget, jiwa pon cuak je.

KESEMBILAN
Apa pon boleh berlaku dalam dunia ni. WC 2010 ni agak memberi kejutan kepada seluruh peminat bolasepak. Banyak team2 yang dianggap gergasi pulang dengan perasaan hampa dan kecewa.



Itulah 9 perkara yang MENYEBABKAN Brazil kalah semalam. Kalau anda rasa tak puas hati atau ada kesilapan dalam entry ini, KOMEN anda AMATLAH DIALU-ALUKAN di sini.


p/s : Tahniah atas kemenangan GERMANY dan SPAIN... Lepas ni malas aku nak sokong mane2  
       team..



   yang kecewa,
Bookmark and Share

4 Kata-kata Perangsang:

ZACK ENTRY said...

yang kalah tetap kalah,
yang menang tetap menang..so??

afiff edogawa said...

@zack : ok, sy akui kekalahan brazil... kita tggu 4 tahun lg.. huhu

RastaMat said...

Nasib bek ko tak taruh ngan aku..
kalau tak kompom kuar berita ko kene culik ngan endon..
wakakakaka...

afiff edogawa said...

hahaha.. siot jek...

Related Posts with Thumbnails